- Seorang Pengakap Remaja sebelum dianugerah Lencana dan Sijil Diraja Pengakap Raja hendaklah :
i. Telah memegang Rambu Pengakap Remaja
ii. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun semasa memohon untuk menjalani Ujian
Pentarafan pengakap Raja.
iii. Diakui mempunyai kemahiran Pengakap yang secukupnya.
iv. Bersedia mengamalkan kemahiran tersebut untuk masyarakat.
v. Diakui oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik
dan berkeperibadian sebagai seorang Pengakap yang boleh dijadikan teladan.
- Pengakap Remaja itu hendaklah menghadiri dan menyelesaikan PERKHEMAHAN UJIAN SIKAP selama 3 hari 2 malam yang dikelolakan oleh Pasukan Latihan Daerah/Negeri.. Mereka akan menjalani ujian dan penilaian yang berkaitan dengan pencapaian sikap kendiri seperti ;
a) Bertanggungjawab
- telah mencapai darjah tertinggi dalam hal pertolongan cemas dan Latihan Kecemasan yang lain.
i. telah memperolehi Sijil Intermediate Pertolongan Cemas dari Pegawai
Perubatan bertauliah atau st. john Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
ATAU
telah memperolehi Bronze Cross Pertubuhan Penyelamat Nyawa atau
badan-badan berkaitan.
ii. Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam pertolongan cemas
Peringkat Sijil Asas Pertolongan Cemas daripada Pegawai Perubatan
bertauliah atau St. John Ambulsn atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan
Pertahanan awam Malaysia (JPAM)
ATAU
iii. Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam latihan menyelamat peringkat Bronze Medallion - Pertubuhan Penyelamat Nyawa atau
badan-badan berkaitan yang lain.
b) Khidmat Masyarakat
Mengambil bahagian dalam kerja amal yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah yang mengambil masa tidak kurang daripada 24 jam di luar masa kerja Pengakap; seperti :
- menuai padi
- membuat jalan kampong
- membersih kubur
- membuat titi
- kerja amal di rumah orang tua
- rumah orang cacat
- dan sebagainya
# Satu rekod yang lengkap menunjuk kerja amal adalah dikehendaki.
Kerja amal yang dilakukan untuk mendapat lencana terdahulu daripada itu tidak dikira.
* telah menghadiri satu PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN selama 48 jam yang diaturkan olah Pasukan Latihan Negeri / Daerah.
d) Kegiatani. Mengajar patrolnya dalam sesuatu kegiatan dan mencapai darjah yang sama seperti ;
- arkeologi
- berlakon
- radio amatur
- berperahu
- ukir mengukir
- pemeliharaan
- tukang kayu
- pengurusan
- makanan
- kajian luar
- tarian kebudayaan
- tukang kayu
- ginastik
- berakit
- melukis
- merakam pita
- atau lain-lain kegiatan
enam malam.
iii. a) menanam 6 jenis sayur atau pokok bunga di sebidang tanah tidak kurang 50 meter
persegi dalam tempoh 3 bulan.
ATAU
b) Mengenali 12 jenis pokok / pokok buah-buahan tempatan dan menanam 3 jenis pokok
atau 3 jenis pokok bunga di dalam pasu.
ATAU
c) Memelihara dengan jayanya dalam tempoh 6 bulan sekurang-kurangnya 12 ekor ayam atau burung.
ATAU
d) Memelihara seekor binatang peliharaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
e) Memelihara 50 ekor ikan di kolam atau menyelenggarakan sebuah aquarium tidak
kurang 9 kaki padu dalam tempoh 6 bulan.
PERINGATAN : Buku Log hendaklah disimpan untuk diperiksa oleh Penguji yang akan memeriksanya sekurang-kurangnya tiga kali.
adakah ujian pentarafan harus diambil pada tahun yang sama mengambil ujian sikap?
BalasPadam