Memaparkan catatan dengan label PANDUAN PERKHEMAHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANDUAN PERKHEMAHAN. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2010

Tingkah Laku Semasa Perkhemahan

Banyak tingkah laku dan adab yang seharusnya anda pelajari semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Se­setengah peserta melakukan adab yang buruk dan keji semasa perkhemahan. Anda seharusnya menjauhi tingkah Iaku tersebut dan belajar menghiasi diri anda dengan tingkah laku yang baik dan terpuji.


TINGKAH LAKU TERPUJI
Perkhemahan merupakan satu tempat melatih diri dengan­ tingkah laku yang terpuji. Tingkah laku yang terpuji ialah:

1. Bangun awal pada waktu pagi.
Lord Barden Powell (1955) menyatakan seorang pengakap seharusnya bangun pada awal pagi. Beliau mengatakan sepatutnya seorang pengakap bangun satu atau dua jam lebih awal daripada orang biasa. Dengan itu dalam sebulan, pengakap sudah beruntung sebanyak 30 jam atau Iebih. Seorang pengakap beragama Islam seharusnya sedar kepentingan bangun awal pada waktu pagi. Ini kerana agama Islam mewajibkan setiap umatnya bangun pada awal pagi bersembahyang subuh semenjak 1431 tahun lalu.

2. Senyum dan sentiasa riang.
Lord Barden Powell (1955) menyatakan seorang pengakap itu seharusnya sentiasa senyum dan riang di perkhemahan. Beliau menyatakan orang yang tidak suka senyum merupakan orang yang tidak sihat. Anda seharusnya senyum kerana keadaan akan meyebabkan orang lain akan turut sama riang. Senyum itu sedekah.

3. Tidak mudah putus asa.
Setiap peserta perkhe­mahan tidak seharusnya berasa putus asa apabila menemui kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan aktiviti yang diatur sebaliknya berusaha sehingga memperoleh kejayaan.

4. Semangat tolong-menolong.
Setiap peserta seharusnya saling membantu dan menolong antara satu sama lain. Tanpa perasaan dan tingkah laku bantu-membantu, per­khemahan yang dijalankan tidak menghasilkan perkhemahan yang baik dan menyeronokkan semua peserta. Setiap peserta tidak seharusnya berasa cemburu dan hasad dengki antara satu sama lain. Lakukan kerja dengan semangat tolong-menolong tanpa paksaan dan desakan daripada luar. Keadaan ini sesuai dengan undang-undang pengakap.

5. Pandai menyesuaikan diri.
Anda seharusnya berusaha menyesuaikan diri anda dengan alam perkhemahan. Banyak perbezaan yang ketara dalam perkhemahan dengan keadaan di rumah atau di sekolah. Kebiasaannya, di rumah anda dibantu oleh ibu, ayah dan kakak untuk melakukan berhagai-bagai kerja. Di perkhemahan, anda seharusnya melakukan sendiri dengan bantuan rakan yang agak sebaya dengan anda.

6. Jaga kebersihan dan keselamatan diri.
Anda seharusnya menjaga kebersihan dan keselamatan diri anda sepanjang masa perkhemahan. Anda seharusnya mandi dan membersihkan diri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Makanlah makanan yang bersih dan sentiasa tertutup.


TINGKAH LAKU YANG BURUK

Anda seharusnya menjauhi dan meninggalkan beberapa tingkah laku yang buruk dan keji. Tingkah laku ini kerap kali diabaikan oleh peserta di sesuatu perkhemahan. Antara tingkah laku yang seharusnya dijauhi dan ditinggalkan ialah

1. Melengah-lengahkan solat.
Peserta yang beragama Islam tidak seharusnya lalai dan melengah-lengah sembahyang. Anda seharusnya meninggalkan semua pekerjaan dan kegiatan apabila masuk waktu sembah­yang. Anda dikehendaki bersembahyang terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya. Anda juga tidak seharusnya bersembahyang semasa di perkhemahan sahaja sedangkan di rumah anda tidak melakukannya kerana malas.

2. Merokok
Ahli pengakap yang sejati tidak akan merokok dan menahan nafsunya. Merokok merupakan tingkah laku yang bodoh. Merokok boleh membahayakan kesihatan tubuh badan manusia dan tidak bermanfaat langsung dari segi kesihatan dan deria bau (hidung). Ahli Pengakap tidak seharusnya merokok kerana mereka tidak bodoh untuk membinasakan dirinya sendiri. Merokok adalah haram kepada orang Islam menurut majlis fatwa kebangsaan.

3. Menahan nafsu.
Setiap pengakap wajib nafsu daripada melakukan perbuatan yang keji dan hina. Anda harus menjauhhi perbuatan yang boleh menaikkan nafsu anda seperti bercakap perkara perkara yang boleh menaikkan nafsu.

3. Merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.
Anda tidak seharusnya merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Anda tidak patut menebang dan menakik pokok tanpa tujuan yang berfaedah. Tahukah anda berapa lama yang diperlukan untuk sebatang pokok itu tumbuh, terutama di kawasan berpasir dan kering? sedangkan anda mene­bangnya dalam masa beberapa minit sahaja. Anda sebagai seorang pengakap seharusnya menjaga kehidupan ini supaya tidak rosak.

4. Mencari kesalahan kawan.
Anda tidak seharusnya mencari kesalahan kawan anda dengan maksud yang tidak baik. Setiap manusia mempunyai kesalahan dan kelemahan yang tersendiri. Mencari kesalahan kawan sudah tentu mengakibatkan berlaku pertelingkahan dan merenggangkan persahabatan. Persahabatan merupakan teras undang-undang pengakap. Keadaan ini telah ditetapkan oleh agama Islam sejak 1431 tahun lalu.

5. Panjang tangan (Mencuri).
Setiap peserta perkhemahan tidak seha­rusnya mengambil barang orang lain. Anda tidak patut melakukan perbuatan tersebut sama ada untuk main-main (bersuka) atau bersungguh-sungguh.

6. Curi tulang.
Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Anda seharusnya melakukan semua pekerjaan yang telah di­amanahkan kepada anda dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab. Anda seharusnya cuba berusaha melaku­kan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu sebelum menyerah kalah atau meninggalkan kerja tersebut. Keadaan ini sesuai dengan cogan kata pengakap kanak-kanak ‘Buat sehabis baik’. Sesuatu patrol akan tempang jika terdapat seorang atau dua orang yang mempunyai sifat mencuri tulang. Patrol itu sudah tentu akan ketinggalan daripada semua segi berbanding dengan patrol yang mempunyai ahli yang bekerjasama antara satu sama lain. Sifat ini seharusnya anda teruskan dalam penghidupan seharian di luar perkhemahan.

Sabtu, 9 Januari 2010

SEBELUM MENINGGAL KAWASAN PERKHEMAHAN

Kebiasaannya, perkhemahan akan berakhir pada sebelah petang hari terakhir perkhemahan. Kadangkala perkhemahan akan berakhir pada sebelah pagi apabila tapak perkhemahan jauh dari rumah atau sekolah. Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan oleh jawatankuasa dan peserta perkhemahan. Antaranya adalah seperti berikut:


Rajah : Perkara perkara yang perlu dilakukan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan
Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, pemimpin unit atau penganjur seharusnya meneliti beberapa perkara supaya perkhemahan yang dijalankan itu meninggalkan ke­san yang baik seperti:
1. kawasan perkhemahan perlu dibersihkan sehingga lebih bersih daripada sebelum digunakan. Antara perkara yang diabaikan oleh peserta sesuatu perkhemahan ialah:
sampah sarap dibuang bertaburan. Sampah sarap sepatutnya dibakar. Tin bekas makanan seharusnya dikemek terlebih dahulu sebelum ditanam.
b. gejek dan kraf perkhemahan dibiar begitu sahaja. Anda perlu merobohkan semua gejek, pagar, pintu gerbang dan semua kraf perkhemahan. Buluh atau kayu yang digunakan untuk peralatan gejet dan sebagainya jika tidak dibawa balik, disusun rapi dan kemas di suatu tempat yang sesuai.
c. kayu dan bara api dibiarkan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Anda seharusnya menimbuskan bara api, arang dan abu ke dalam tanah. Pastikan bara api tidak dibiarkan di merata-rata tempat.
d. lubang yang digali dibiarkan. Anda perlu menimbus­kan lubang yang digali seperti sebelurn anda berkhemah.
2. Semua peralatan kumpulan hendaklah disemak oleh QM kumpulan dan sesuaikan mengikut senarai yang dibawa. Jika berlaku kerosakan dan kehilangan, hendaklah dicatat dan dilaporkan kepada pemimpin unit.
3. Setiap peserta perlu memastikan semua barang dan pera­latan yang dibawa tidak tertinggal di kawasan perkhe­mahan.
4. Kumpul dan susun semua peralatan yang dibawa di suatu tempat mengikur patrol. Jika dapati ada peralaran yang tertinggal, pungut dan berikan kepada tuan punya. Apabila didapati peralatan yang hilang, setiap peserta seharusnya menyemak dan memastikan supaya tidak temasuk ke dalam beg masing-masing.
5. Mengucapkan selamat tinggaI kepada penduduk setempat, jika anda berkhemah berhampiran perkampungan. Ucapkan terima kasih kepada tuan punya tanah, jika terdapat penjaga di kawasan perkhemahan itu.


MELIPAT, MENJAGA DAN MENYIMPAN KHEMAH

Khemah perlu diturunkan dan dilipat supaya senang dibawa balik selepas perkhemahan. Khemah yang telab diturunkan seharusnya dilipat dengan betul dan kemas supaya tidak teburai di pertengahan jalan, terutama apabila berkhemah jauh daripada perhubungan awam. Semua tali dan pancang hendaklah diletakkan di bahagian dalam lipatan. Khemah yang paling senang dilipat ialah khemah bentuk ‘A’ dan dinding.
Sebelum melipat khemah, anda hendaklah memastikan sampah sarap tidak melekat pada khemah. Jika kesempatan masa, khemah yang masih lembap seharusnya dibiarkan kering di bawah cahaya matahari. Apabila sampai di sekolah, anda seharusnya mengeringkan khemah jika khemah masih basah atau lembap. Ini untuk mengelakkan khemah menjadi cepat rosak dan koyak.

Sebelum anda menyimpan khemah, pastikan ia telah kering dan bersih daripada segala kekotoran. Anda juga tidak harus menyimpan khemah di tempat yang lembap dan sejuk.

Simpanlah khemah di dalam almari yang sesuai. Apabila khemah tidak digunakan beberapa lama, anda seharusnya membuka sekali sekala dan menyidai di bawah cahaya bilik. Biasanya, khernah pelu dibuka apabila tidak digunakan dalani tempoh tiga hulan atau Iebih. Ini untuk rnemastikan khemah kering, tidak cepat rosak atau digigit oleh serangga. Khemah hendaklah sentiasa dijaga dengan rapi supaya tidak mudah koyak dan rosak. Jika terdapat bahagian khemah yang koyak, hendaklah ditampal dan dijahit. Khemah yang dibuat daripada kain tebal, seharusnya dicat sekali sekala.
Sebelun anda melipat khemah, ia perlu dibentangkan di atas tanah. Selepas itu, lipat ke bahagian dalam khemah semua helaian pintu dan penahan angin ( jika ada). Semua tali khemah hendaklah dimasukkan ke dalam lipatan. Anda tidak menbiarkan tali khemah berjuntai keluar daripada gulungan khemah tersebut (lihat Rajah 13. 1).
Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebib kurang 0.5 meter. Kemudian, gulung dengan kemas. Akhinya, khemah diikat dengan kemas (lihat Rajah 13.3).