Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan Herba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan Herba. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2009

TERUNG RANTI








Nama Tempatan: Terung Ranti
Nama Saintifik: Solanum Nigrum L.
Nama Lain: Terung meranti,manathakkaali(tamil), makoi(hindi), Black night shade,Duscle, Garden Nightshade, Hound's Berry, Petty Morel, Small-fruited black nightshade dan popolo
Famili: Solanaceae
Lokasi dijumpai: Permatang Tepi Laut Pulau pinang
Asal: Eurasia



Keterangan:
Terung ranti merupakan sejenis tumbuhan liar yang ditemui di kawasan lapang yang terbiar.Selalunya tanah di kawasan ini merupakan tanah jenis poros dan berpasir , mempunyai pengaliran yang baik.Ketinggian pokok ini sekitar 30-120 cm (12-48
),daunnya bergerigis dibahagian tepi.Bunganya kecil-kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk beri dan bergugus-gugus , berwarna hijau ketika mudah dan akan menjadi hitam apabila ranum. Ada juga jenis yang warna buahnya merah ketika masak( biasa dijumpai di India). Yang biasa dijumpai di Malaysia ialah jenis yang berbuah hitam.



Kegunaan:
Dikawasan pedalaman di Malaysia, buah terung ranti yang masak dimakan oleh anak-anak. Manakala pucuknya pula dijadikan sayuran.Sungguhpun begitu pokok ini juga ada kesan keracunan yang terdapat pada buahnya yang belum masak dan daunnya yang dimakan mentah Diindia buahnya dikenali dengan nama
fragrant tomato
kerana rasanya yang hampir menyamai rasa tomato.Dari segi perubatan air rebusan daun dan buah terung ranti dijadikan penawar untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan hati termasuk penyakit kuning atau jaundice.

TERUNG SUSU KAMBING



Nama Tempatan: Terung susu kambing
Nama Saintifik: Solanum Mammosum L.
Nama Lain: terung tetek kambing,apple of Sodom, cow"s udder, nyun wenkibobi, soresumba, mackaw bush, nipple fruit, titty fruit
Famili: solanaceae
Lokasi dijumpai: Ditanam sebagai tumbuhan hiasan
Asal:


Keterangan:
Tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk da warna buahnya yang menarik ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki.Ia merupakan tumbuhan tropika. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunya banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih.Ia merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

Kegunaan:
Dalam perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada. Untuk penyakit darah tinggi, bahagia yang digunakan ialah buahnya.Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.

untuk mencegah dan nerawat kanser payudarabuah ini dikisar dan disapukan pada sekeliling payudara setiap malamselain itu airnya diminum 2 kali seharibuah ini juga dikatakan boleh untuk mengubati resdung

TIMUN BETIK


Nama Tempatan: Timun betik
Nama Saintifik: Cucumis sativus
Nama Lain: Timun suri, apple cucumber
Famili: cucurbitae
Lokasi dijumpai: Buah-buahan tempatan
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan:
Timun betik merupakan sejenis tumbuhan daripada famili cucurbitae, sama dengan timun biasa.Timun betik merupakan sejenis buah-buahan yang mempunyai isi yang berair dan manis rasanya.Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar semusim yang membiak melalui biji benih.Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu timun suri atau apple cucumber.Ia merupakan sejenis buah-buahan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi serta kaya dengan provitamin A.Ia boleh ditanam dikawasan pokok timun betik memerlukan air yang mencukupi dan tidak boleh dibiarkan kering. Buahnya berwarna kuning, berbentuk lonjong denga panjangnya sekita 20cm dan diameternya sekitar 10 cm .buah timun betik boleh dipetik setelah pokoknya berusia dua hingga tiga bulan.

Kegunaan:
Dari segi kesihatan timun betik mampu membekalkan tubuh badan dengan vitamin yang dapat membantu mempertingkatkan ketahanan badan melawan penyakit. Ia juga dapat menyihatkan ginjal dan limpa serta menurunkan tekanan darah tinggi. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja. dan begitu manis dan berair apabila masak. Buah timun betik yang masak ranum boleh dikenal pasti melalui kulit luarannya yang merekah. Ia juga boleh dimakan bersama santan dengan ditabur sedikit gula pasir atau gula melaka.Malah di Indonesia timun betik atau lebih dikenali di sana dengan nama timun suri merupakan juadah yang pasti ada ketika berbuka puasa di bulan ramadan sehingga ia diberi jolokan sebagai buah bulan puasa.

Tomato - Solanum Lycopersicum



Nama Tempatan: Tomato
Nama Saintifik: Solanum lycopersicum
Nama Lain: Tomat, terung masam, ractamaci, tamatar,love apple
Famili: Solanaceae
Lokasi dijumpai:
Sayuran
Asal: Amerika selatan


Keterangan:
Sayuran yang berasal dari Amerika selatan ini kini boleh didapati ditanam sebagai sayuran pada semua iklim. Merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai bau yang kuat dengan daunnya yang berwarna hijau kelabu. sesetengah orang menganggap tomato merupakan sayuran sementar yang lain pula meletaknya dalam kategori sayuran.Terdapat pelbagai variasi tomato yang ditanam di malaysia kini yang berbeza dari segi warna saiz dan rasanya.Tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan dikot ini mudah membiak melalui biji benih. Biji benih selalunya akan bercambah selepas dua atu tiga hari disemai.Ia mula mengeluarkan bunga selepas lebih kurang 6 minggu

Kegunaan:
Tomato mengandungi asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E. Asik utama yang terdapat pada tomato dan menyebabkan ia mempunyai rasa masam ialah asid sitrik.karetenod, B-karotin dan licopin pula menentukan warna pada tomato.Alkohol yang diektstrak dari tomato mempunyai ciri-ciri penahan sakit dan mengurangkan tekanan. Tomato banyak digunakan sebagai agen untuk anti penuaan dan mengembalikan keserian kulit terutamanya pada muka.Tomato banyak digunakan dalam masakan dan dijadikan sos.

Tongkat Ali - Longifolia



Nama Tempatan: Tongkat ali
Nama Saintifik: Eurycoma Longifolia
Nama Lain: Long jack, pasak bumi,Piak, tung saw(thailand)
Famili: Simaroubaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

Keterangan:
Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian hingga 10 M dan selalunya tumbuhan dalam hutan tanah rendah selalunya ketinggian dibawah 1200m dari aras laut.Tumbuhan ini tumbuh menegak dan selalunya tidak bercabang.Daunnya rimbun pada hujung batang.Penduduk tempatan beranggapan bahawa seluruh pokok ini mempunyai ciri-ciri perubatan.Di Malaysia tongkat ali sebenarnya adalah tumbuhan terlindung yang sepatutnya tidak boleh diambil walaupun tumbuh liar.

Kegunaan:
Kegunaan tongkat ali bertumpu pada ciri-ciri afrodisiaknya. Antara kandungan aktif dalam tongkat ali ialah alkaloid, saponins, quassinoids, erycomanone dan eurycomalactone.phyto compounds yang terdapat dalam tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon testosterone bagi lelaki.Untuk mendapatkan ekstraknya dua cara yang biasa digunakan ialah dengan merebus lama akarnya ataupun dengan cara mengisar akarnya hingga menjadi serbuk dan dijadikan pil atau kapsul ataupun dijadikan campuran dalam minuman kopi dan teh.Kesan pengambilan tongkat ali terhadap libido seks telah dikaji terhadap tikus dan didapati ianya dapat meningkatkan kekerapan seksual tikus tersebut.selain daripada itu tumbuhan ini jaga dapat merawat masalah snegal-sengal tulang, gatal-gatal, demam kuning , ederma,cirit-birit, masalah penghadaman, sakit pinggang dan disentri.

Tongkat Ali hitam



Nama Tempatan: Tongkat Ali Hitam
Nama Saintifik: Polyalthia bullata
Nama Lain: Serat (murut)
Famili: Annonaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika
Asal:


Keterangan:
Jika disebut tongkat ali secara automatik kita akan membayangkan tongkat ali yang biasa digunakan dalam pelbagai produk kesihatan dan ubat sekarang iaitu eurycoma longifolia jack atau tongkat ali putih. Ramai yang tidak tahu kewujudan tongkat ali hitam. Tongkat ali hitam dikelompokkan kedalam family yang sama dengan bunga kenanga. Struktur daunnya hampir menyamai daun bunga kenanga hutan dengan permukaan daun yang agak kesat.

Kkegunaan:
Air rebusan daunnya digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan rheumatik.

TUTUP BUMI



Nama Tempatan: Tutup Bumi
Nama Saintifik: Elephantopus Scaber
Nama Lain: Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak gajah, ku di dan (china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh Mai Rue(Thailand) Lom
Famili: Compositae
Lokasi dijumpai: Di padang-padang rumput
Asal:

Keterangan:
Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.
Sifat Racun:sila rujuk pusat racun negara USM

Kegunaan:
Untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis,bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. ia juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan juga selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan. Bahagian yang digunakan:seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersihkan dan dikeringkan.Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning),120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya.Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

Ubat Kurap



Nama Tempatan: Ubat Kurap
Nama Saintifik: Rhinacanthus nasutus (L.) Kurz
Nama Lain: Pala sari (Malaysia, Kelantan)
Famili: acanthaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:
Tumbuhan tempatan

Keterangan:
Tumbuhan yang dijumpai tumbuh liar ini dikelai dengan nama pala sari/ kepala sari di kelantan.Terdapat 2 jeni pokok yang dipanggil pala sari di kelantan, pokok ini dan satu lagi ialah sejenis pokok balak yang besar. kedua-duanya amat berbeza sama sekali. Pokok ini merupakan ejenis tumbuhan herba yang ketinggiannya hanya boleh mencapaiketinggian bawah dari 1 meter. daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berlawanan.Bunganya berwarna putih dan kecil dengan korola yang berwarna hijau. ia membiak melalui keratan batang dan biji benih

Kegunaan:
Dalam perubatan tradisional, ia merupakan ubat yang berkesan untuk menyembuhkan enyakit kurap. Daunnya yang dihancur dan dicampurkan dengan belerang disapu pada bahagian yang dijangkiti kurap tadi. Lebih efektif jika daun tadi ditonyoh pada bahagian kulit yang dijangkiti. Kaedah yang sama juga digunakan untuk merawat panau.Untuk mengubati penyakit yang sama, di indonesia, daunnya atau bunganya disapu bersama cuka dan jus limau nipis pada bahagian kulit yang dijangkiti.

Ubi Jaga



Nama Tempatan: Ubi jaga
Nama Saintifik: Smilax Myosotiflora
Nama Lain: Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar tanding, Kerating, Itah, Ubi jaga, Ubi besi, Dedawai berisi, Sedawai, Caring, Ali bertinggung, Akar dedingin, Akar restong, Keleh, Manto, Maso
Famili: Smilacaceae
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar
Asal:

Keterangan:
Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.Ia dijumpai di thailand , Pulau jawa indonesia dan semenanjung malaysia.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Kegunaan:
Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah

Ubi Sarek

Nama Tempatan: Ubi sarek
Nama Saintifik: Amorphophallus Campanulatus
Nama Lain: Ubi kekek, ubi ular,Whitespot giant arum,elephant's foot,pongapong
Famili:
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:
Tumbuhan tempatan

Keterangan:
Ubi sarek atau lebih dikenali sebagai sarek di Kelantan merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut seperti batang keladi. Ia sebenarnya sejenis keladi. Daunnya berbentuk jejari. Bunganya berbau busuk manakala ubinya besar seperti bertekstur seperti isi keladi. Batang sarek berwarna hijau dengan tompok-tompok putih menyebabkan ianya dipanggil ubi ular di kawasan selatan seperti Selangor kerana coraknya yang hampir menyamai kulit ular.

Kegunaan:
Ubi sarek mempunyai kandungan kalsium oksalat dan rasanya gatal. Walaupun gatal dan mungkin beracun, Namun rasa gatal dapat disingkirkan dengan cara merendam ubi yang telah direbus ke dalam air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi untuk dimakan. Di kelantan ubi ini selalunya dijadikan campuran untuk bubur asyura selain juga dijadikan pengat dan direbus untuk dimakan. Di sesetengah negara seperti cina dan jepun ubi kekek diproses dan dijadikan makanan seperti tauhu, manakala di Jepun pula, tepung yang terhasil darinya dijadikan makanan seperti bihun. Ia juga dijadikan makanan ikan. ada spesis tertentu ubi sarek atau ubi kekek ini boleh dijadikan ubat pupuk. orang asli menggunakan cecair yang didapati dari ubi kekek liar untuk dijadikan sebahagian dari campuran racun untuk sumpit mereka batangnya boleh dimasak lemak dan dijadikan sayuran. selain daripada itu tumbuhan ini juga menarik untuk dijadikan hiasan taman kerana bentuk daunnya yang unik dan bunganya yang luar biasa.

Ulam Raja - Cosmos Caudatus



Nama Tempatan: Ulam raja
Nama Saintifik: Cosmos caudatus
Nama Lain: King salad, intan berayun
Famili:
Lokasi dijumpai: Seluruh negara asean
Asal:


Keterangan:
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

Kegunaan:
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Urang Aring



Nama Tempatan: Urang-Aring
Nama Saintifik: Eclipta Prostrata
Nama Lain: Bhringaraja, False daisy, white head,swamp daisy, white eclipta,Han Lian Cao
Famili: Asteraceae
Lokasi dijumpai:
Asal:


Keterangan:
Urang aring ilah sejeni tumbuhan yang tumbuh liar dikawassan yang agak lembap.ia sejenis herba tahunan yang termasuk dalam kumpulan dikot. cara pembiakannnya melalui biji benih dan keratan batang. bunganya yang kecil dan berwarna putih menyerupai bunga daisy hingga ia juga di panggil false daisy.

Kegunaan:
Urang aring terkenal sebagai herba yang digunakan untuk rawatan kecantikan rambut. daunnya yang dilumatkan dicampur dengan minyak dan dilumurkan pada rambut dikatakan dapat membantu menyihatkan, menghitam dan mengilatkan rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut. Dalam perubatan ayurveda urang aring juga digunakan untuk rawatan hepatomegaly (pembesaran hati), luka, ulcer, tekanan darah tinggi, anorexia dan sakit kepala. Jus urang aring yang dicampur dengan madu diberikan kepada kanak-kanak untuk membantu masalah pernafasan(Nadkarni 1976, 470; Kirtikar and Basu 1993, 1362). Untuk kegunaan luar pula, daunnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat bengkak, buasir. Selain itu bensky dan Gamble pula mengatakan pokok ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keupayaan buah pinggang dan hati.menurut mereka ia juga boleh digunakan untuk merawat pening, vertigo dan , pandangan kabur dan uban sebelum masa. Menurut kaedah perubatan cina untuk meningkatkan "Yi" ia digunakan juga untuk merawat masalah "darah panas" yang mengakibatkan simptom seperti batuk berdarah,hidung berdarah, najis bercampur darah dan muntah dan kencing berdarah(Bensky and Gamble 1993, 365).
Menu

Vanilla



Nama Tempatan: Vanila
Nama Saintifik: Vanilla Planifolia
Nama Lain: Panili, vanili
Famili: Orchidaceae
Lokasi dijumpai: Asal: mexico

keterangan:
Vanila atau nama saintifiknya Vanilla Planifolia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga orkid (Orchidaceae). Hari ini vanila mula popular dan ditanam dengan meluas hasil daripada galakan kerajaan yang ingin memartabatkan Malaysia sebagai pengeluar vanila yang ketika di dunia selepas Madagascar dan Indonesia. Ketika ini 90% daripada penghasilan vanila dunia disumbangkan oleh Madagascar dan indonesia.Ramai antara kita yang masih tidak mengetahui bahawa vanila merupakan sejenis tumbuhan yang merupakan komoditi yang mempunyai pelbagai kegunaan.Di dunia ini terdapat 150 jenis vanila yang dikenalpasti namun hanya 2 spesis utam sahaja yang dikomersialkan hingga kini.Vanila merupakan sejenis tumbuhan memnajat dan lazimnya tumbuh didalam hutan yang lembab dan basah.Vanila telah lama digunakan oleh penduduk mexico. ia dijadikan penyegar untuk minuman bercoklat kerana aromanya yang wangi.vanila mula digunakan oleh orang-orang barat seawal tahun 1530 ketika orang-orang sepanyol menjumpai mexico.Vanila mula masuk ke Eropah pada tahun 1721.Walaupun vanila dibawa ketempat lain, masalah yang dihadapi ialah vanila ini tidak mengeluarkan buah. Ini kerana di tempat asalnya pendebungaan vanila dilakukan oleh burung kelicap yang bermuncung panjang dan sejenis lebah yang tidak terdapat dikawasan lain. Hari ini pendebungaan vanila dilakukan oleh manusia. Untuk hidup vanila memerlukan sokongan untuk memanjat. Jenis tumbuhan yang biasa dijadikan sokongan untuk vanila ialah pokok baja (Glyricidia maculata), lamtoro atau petai belalang dan dedap berduri



Menu