Memaparkan catatan dengan label SIMPULAN DAN IKATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIMPULAN DAN IKATAN. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Disember 2009

SIMPUL BUKU SILA













Kegunaan simpul buku sila adalah untuk mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama besar saiznya.

SIMPUL BUNGA GETI




Kegunaannya adalah untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dengan yang tidak sama besar.

SIMPUL CACANG AYAM


Kegunaannya adalah untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Ia juga digunakan untuk memula dan mematikan sesuatu ikatan.

SIMPUL TINDIH KASIH








Kegunaanya adalah untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpulan ini juga digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.

LILIT DUA SIMPUL


Kegunaannya adalah untuk mengikat hujung tali pada tiang, pokok, gelung atau tali yang lain supaya ia tidak mudah terlucut/terungkai. Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali khemah atau tali kerubung terbang (flying fox).

Jumaat, 11 Disember 2009

LILIT PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)













Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

Sambat Pendek



1






2





3




4

Sambat ini digunakan untuk menyambungkan dua jenis tali yang sama besar atau tebal. Kedua-dua hujung tali yang hendak disambungkan perlu di ikat dengan tali kecil.

Genggam Monyet


Genggam monyet digunakan untuk membuat hujung tali lebih berat supaya senang untuk melempar tali ke sasaran dengan tepat. Biasanya, ia digunakan oleh pengakap dalam aktiviti yang melibatkan kemahiran melempar tali dan juga semasa melakukan aktiviti menyelamat.

Simpul Tapak Kucing




Rupa bentuk simpul ini seperti tapak kucing. Simpul ini digunakan untuk membuat gelung / tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal. Cara membuat simpul ini ialah dengan membuat dua gelung. Kemudian putarkan kedua-dua gelung itu dua kali, akhir sekali cakupkan tali pada takal dan ia adalah selamat digunakan.

Khamis, 5 November 2009

3. SIMPULAN DAN IKATAN


SIMPUL HIMPIT

Simpul himpit digunakan unruk menyambung dua tali seperti tali pancing.

BUNGA GETI (SHEETBEND)

Digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar.
Digunakan juga untuk mengikat tali ke suatu tanjul.

SIMPUL CACANG AYAM (CLOVE HITCH)



Simpul Cacang Ayam digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Simpulan yang digunakan tidak mudah terungkai. Digunakan juga semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang/ular. Simpulan ini amat berguna untuk mengikat kaki ayam, tangkai durian, tangkai buah nyior ataupun botol.


LILIT DUA SIMPUL (ROUND TURN TWO HALF HITCHESS)

Lilit dua simpul digunakan bagi mengikat hujung tali pada tiang, pokok, kayu, gelung atau tali yang lain supaya ia tidak terlucut. Ia digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah ataupun tali rentang untuk kerubung terbang (flyingfox).

LILIT BALAK



Simpul ini digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.
BUNGA GETI BERGANDA

Simpul ini digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besarnya dan untuk menyambung dua tali yang licin. cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

TINDIH KASIH (BOWLINE)



Simpul ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul tindih kasih sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada pinggang si malang.