Selasa, 22 Disember 2009

MEMBAWA ORANG TERCEDERA

Orang yang cedera boleh dibawa dengan dua cara, iaitu dibawa oleh satu orang atau dibawa oleh dua orang.


Dibawa oleh satu orang

1. Kaedah mengangkat dalam tangan/dukung

2. Mengganding mangsa

3. Mendukung di bahu

4. Mendukung di belakang

Dibawa oleh dua orang

5. Duduk di atas dua tangan

6. Duduk di atas empat tangan

7. Duduk di atas tiga tangan

8. Usungan sebaris

9. Menganding pesakit

Risiko Memindah Orang Cedera
1. Saluran penafasan pesakit mesti sentiasa dijaga dengan baik, jangan biarkan tersumbat atau tersekat, jika boleh dapatkan udara yang bersih.


2. Jika pesakit keluar darah yang terlalu banyak, cuba hentikan darahnya secepat mungkin.


3. Jika pesakit patah tulang dan keluar darah terlalu banyak jangan pindahkan pesakit jika tidak perlu


4. Peralatan pertolongan cemas mesti cukup. Jika tidak ini akan menyakitkan pesakit.


5. Sentiasa perhatikan denyutan nadi dan penafasan pesakit dengan membuat rekod demi keselamatan pesakit.


6. Alat-alat pengangkutan seperti usungan mesti diperiksa terlebih dahulu demi keselesaan dan keselamatan pesakit.


7. Memilih teknik atau cara mengangkut pesakit sesuai dengan kecederaan yang dialaminya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan