Nama Tempatan: Ubi sarek
Nama Saintifik: Amorphophallus Campanulatus
Nama Lain: Ubi kekek, ubi ular,Whitespot giant arum,elephant's foot,pongapong
Famili:
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:
Tumbuhan tempatan
Keterangan:
Ubi sarek atau lebih dikenali sebagai sarek di Kelantan merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut seperti batang keladi. Ia sebenarnya sejenis keladi. Daunnya berbentuk jejari. Bunganya berbau busuk manakala ubinya besar seperti bertekstur seperti isi keladi. Batang sarek berwarna hijau dengan tompok-tompok putih menyebabkan ianya dipanggil ubi ular di kawasan selatan seperti Selangor kerana coraknya yang hampir menyamai kulit ular.
Kegunaan:
Ubi sarek mempunyai kandungan kalsium oksalat dan rasanya gatal. Walaupun gatal dan mungkin beracun, Namun rasa gatal dapat disingkirkan dengan cara merendam ubi yang telah direbus ke dalam air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi untuk dimakan. Di kelantan ubi ini selalunya dijadikan campuran untuk bubur asyura selain juga dijadikan pengat dan direbus untuk dimakan. Di sesetengah negara seperti cina dan jepun ubi kekek diproses dan dijadikan makanan seperti tauhu, manakala di Jepun pula, tepung yang terhasil darinya dijadikan makanan seperti bihun. Ia juga dijadikan makanan ikan. ada spesis tertentu ubi sarek atau ubi kekek ini boleh dijadikan ubat pupuk. orang asli menggunakan cecair yang didapati dari ubi kekek liar untuk dijadikan sebahagian dari campuran racun untuk sumpit mereka batangnya boleh dimasak lemak dan dijadikan sayuran. selain daripada itu tumbuhan ini juga menarik untuk dijadikan hiasan taman kerana bentuk daunnya yang unik dan bunganya yang luar biasa.
1 OKTOBER, 2021
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan