Isnin, 14 Disember 2009

Ubi Jaga



Nama Tempatan: Ubi jaga
Nama Saintifik: Smilax Myosotiflora
Nama Lain: Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar tanding, Kerating, Itah, Ubi jaga, Ubi besi, Dedawai berisi, Sedawai, Caring, Ali bertinggung, Akar dedingin, Akar restong, Keleh, Manto, Maso
Famili: Smilacaceae
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar
Asal:

Keterangan:
Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.Ia dijumpai di thailand , Pulau jawa indonesia dan semenanjung malaysia.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Kegunaan:
Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan