Isnin, 14 Disember 2009

Asam Gelugur


Gambar di atas ni aku ambil masa balik kampung dua minggu lepas. Terjumpa pulak pokok Asam Gelugur masa pergi rumah saudara. Pokok ni memang terlalu tinggi lampai. Usianya mungkin lebih dari 30 tahun agaknya. Menurut tuannya, dia ada lebih kurang 3 batang pokok kalau tak silap. Masa aku pergi ke sana, dia sedang memotong dan menghiris buah asam tersebut untuk dijemur. Setelah dijemur, pemborong akan datang ke rumah dia untuk membeli ke semua asam gelugur tersebut secara borong. Tak banyak orang yang mengusakan tanaman ini secara komersil. Mungkin penggunaanya yang agak terhad dan keuntungannya tidak seberapa. Jadi, pokok ini hanyalah pokok turun-temurun dari keluarga mereka yang terdahulu. Bila musimnya memang terlalu banyak buah yang gugur, nak makan segar memang tak berapa sedap sangat. Begitulah kisah pokok asam gelugur ini.




Asam gelugur, buahnya dihiris nipis-nipis (dijadikan kepingan halus) dan dijemur kering, digunakan dalam masakan terutamanya dalam masakan singgang. Rasa asam gelugur lebih enak kalau dibandingkan dengan asam kandis. Memang sedap bila dicampur dengan udang, ikan air tawar atau apa jenis ikan pun. Dimasak lemak cili api












<< Menu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan