Rabu, 25 November 2015

BUKU LOG PENGAKAP


Mukadimah

Terdapat pelbagai rupa dan berbagai jenis Buku Log Pengakap. Senario ini menimbulkan situasi kurang menyenangkan bagi sebahagian ahli pengakap dan Pemimpin Pengakap . Justeru itu terdapat berbagai cara dan bentuk buku log disediakan dalam pelbagai situasi.

Kesesuaian isi kandungan dan keterbatasan masa, maka satu garis panduan penyediaan sesuatu buku log dihasilkan. Diharapkan ia boleh membantu pemimpin dan ahli pengakap. Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD atau WAJIB DIPATUHI tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana menulis penulisan sesebuah buku log.


Apa Itu Buku Log ?
Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.
Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.
Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.
Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.
Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.
Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’
Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut gunakan sepanjang tempoh menyertai Pengakap  Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin dan ini merupakan kelaziman di kalangan Pengakap.
Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?

MAKLUMAN:
Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.
(1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian
(2) Buku Log Lencana Usaha
(3) Buku Log Lencana Maju
(4) Buku log Lencana Jaya
(5) Buku log Pengembaraan
(6) Buku log Lencana Jayadiri
(7) Buku log Lencana Kegiatan
(8) Buku log Lencana Kemahiran
(9) Buku log Lencana Perkhidmatan
(10) Buku log Lencana Ekspedisi
(11) Buku Log Ujian Sikap

Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.



1. Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

2.   Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.



BUKU LOG PENGAKAP 
(BAHAGIAN 1) 

Perhatian kepada semua pelajar, anda dikehendaki menyediakan dua jenis buku log.
 Pertama adalah BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA,
Kedua adalah BUKU LOG PERIBADI PENGAKAP REMAJA.

 Apakah perbezaan di antara kedua-dua buku log ini? 

A.      BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA
Merupakan buku log yang mencatatkan semua nota-nota pengakap remaja bermula dengan: 

1.       Lencana Keahlian 

2.       Lencana Jayadiri 

3.       Lencana Kemahiran 

4.       Lencana Kegiatan 

5.       Lencana Ekspedisi 

6.       Lencana Perkhidmatan 



B.      BUKU LOG PERIBADI PENGAKAP REMAJA
Merupakan buku log khas yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu rekod secara bertulis, gambar foto dan sijil-sijil pengakap.
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?

Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
(1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
(2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
(3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
(4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.


Oleh yang demikian, semua pelajar dikehendaki menyediakan buku log yang pertama dahulu iaitu BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA. 

4. Pada kulit depan, tuliskan seperti berikut: 

(i) BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA 

(ii) Nama Penuh :   ___________________

(iii) Kad Pengenalan : _____________________ 

(iv) Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah 

(v) Kumpulan : K27 

(vii) Nama Patrol : _____________________________ 

5. Anda boleh menaip butir-butir di atas atau menulis dengan pen/marker untuk kulit hadapan di atas. 

6. Di bahagian dalam buku log, catatkan semua butir-butir yang telah diberitahu pemimpin ketika diadakan perjumpaan. (Rabu )

7. Setelah itu, pada helaian baru, lukiskan lencana keahlian dengan menggunakan pensel (dan jika boleh diwarnakan) dan tuliskan tajuk helaian itu sebagai LENCANA KEAHLIAN sama ada pada atas atau di bawah gambar lencana keahlian tersebut. Anda juga boleh menampal gambar lencana keahlian ini. 

8. Muat turun nota-nota pada laman blog ini atau lain lain 

9. Muat turun hendaklah disimpan dalam bentuk Microsoft WORD iaitu format .doc 

10. Lukis dengan pensel atau pen hitam mana-mana lukisan yang ada. Anda dibenarkan untuk fotostat lukisan tersebut dan menampalnya di dalam buku log. 

11. Salin nota-nota tersebut mengikut susunan topik, iaitu bermula dengan Topik 1 dan berakhir dengan Topik 7. 

12. Untuk Topik 2 (Prinsip Rukun Negara), saya membenarkan anda untuk mengambil nota-nota penting sahaja dalam huraian Rukun Negara. Walaupun demikian, jika anda menyalin kesemuanya adalah lebih baik. 

13. Untuk Topik 6 (Sejarah Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia), saya membenarkan anda memilih dan menulis 10 nota dari 18 nota yang diberikan dalam sub-topik Sejarah Pengakap Malaysia serta memilih dan menulis 15 nota dari 34 nota yang diberikan dalam sub-topik Sejarah Pengakap Dunia. Walaupun demikian, jika anda menyalin kesemuanya adalah lebih baik. 

14. Untuk Topik 3 (Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia), anda dikehendaki mewarnakan lambang-lambang tersebut. Anda juga boleh mencetak lambang-lambang tersebut dan menampalkannya di dalam buku log. 

15. Salin semua nota dalam Topik 1, 3, 4, 5 dan 7 tanpa meninggalkan satu perkataan pun. Lukis dengan pensel semua lukisan atau menampalkannya ke dalam buku log. 

16. Anda DILARANG menampal nota cetakan atau fotostat ke dalam buku log. Anda hanya dibenarkan menampal gambar sahaja ke dalam buku log anda. 

17. Serahkan kepada pemimpin apabila anda sudah menyiapkan buku log bahagian pertama ini. 

18. Buku log anda akan dinilai sebelum anda melaksanakan ujian lencana keahlian. 


NORDIN AL-HAJ 
PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA NERANG
PADANG TERAP
KEDAH DARUL AMAN 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan