Khamis, 5 Mei 2011

16. LENCANA PENGAKAP RAJA


Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi budak-budak Pengakap. seorang Pengakap Remaja yang berjaya menerima anugerah ini akan di beri Lencana Pengakap Raja.

1. Rekabentuk Lencana ini bermotifkan daripada Tengkolok di Raja, iaitu tengkolok Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dengan demikian ianya dengan sendirinya membawa makna yang tepat di atas kedudukan nilai lencana ini. Kedudukan Tengkolok diRaja di atas rekabentuk itu membayangkan perintah Raja dijunjung dan dimuliakan.

2. Motif Tengkolok Di Raja ini membawa pengertian yang mendalam kepada ahli Pengakap yang menerima anugerahnya.

3. Motif Tengkolok Di Raja ini diletakan dalam satu perisai berupa kubah masjid yang membawa maksud Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan Raja menjadi ketuanya.

4. Ikatan Persaudaraan Pengakap dan perkataan PENGAKAP RAJA yang bermakna bahawa lencana ini hanya boleh dipakai oleh Pengakap Raja sahaja.

5. Warna kuning sebagai latar membawa makna warna Di Raja

6.
Warna Hijau melingkari tepi lencana adalah warna Pengakap.

5. Kedudukan warna hijau mengelilingi gubahan tengkolok Di Raja itu menunjukkan kesetiaan dan kasih kepada Raja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan