Jumaat, 6 Mei 2011

11. SYARAT-SYARAT SEORANG PENGAKAP UNTUK DIANUGERAH PENGAKAP RAJA

  1. Seorang Pengakap Remaja sebelum dianugerah Lencana dan Sijil Diraja Pengakap Raja hendaklah :

i. Telah memegang Rambu Pengakap Remaja
ii. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun semasa memohon untuk menjalani Ujian
Pentarafan pengakap Raja.
iii. Diakui mempunyai kemahiran Pengakap yang secukupnya.
iv. Bersedia mengamalkan kemahiran tersebut untuk masyarakat.
v. Diakui oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik
dan berkeperibadian sebagai seorang Pengakap yang boleh dijadikan teladan.

  1. Pengakap Remaja itu hendaklah menghadiri dan menyelesaikan PERKHEMAHAN UJIAN SIKAP selama 3 hari 2 malam yang dikelolakan oleh Pasukan Latihan Daerah/Negeri.. Mereka akan menjalani ujian dan penilaian yang berkaitan dengan pencapaian sikap kendiri seperti ;

a) Bertanggungjawab
- telah mencapai darjah tertinggi dalam hal pertolongan cemas dan Latihan Kecemasan yang lain.
i.
telah memperolehi Sijil Intermediate Pertolongan Cemas dari Pegawai
Perubatan bertauliah atau st. john Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
ATAU
telah memperolehi Bronze Cross Pertubuhan Penyelamat Nyawa atau
badan-badan berkaitan.

ii.
Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam pertolongan cemas
Peringkat Sijil Asas Pertolongan Cemas daripada Pegawai Perubatan
bertauliah atau St. John Ambulsn atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan
Pertahanan awam Malaysia (JPAM)
ATAU
iii.
Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam latihan menyelamat peringkat Bronze Medallion - Pertubuhan Penyelamat Nyawa atau
badan-badan berkaitan yang lain.

b)
Khidmat Masyarakat

Mengambil bahagian dalam kerja amal yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah yang mengambil masa tidak kurang daripada 24 jam di luar masa kerja Pengakap; seperti :
-
menuai padi
- membuat jalan kampong
- membersih kubur
- membuat titi
- kerja amal di rumah orang tua
- rumah orang cacat
- dan sebagainya

# Jumlah masa perkhidmatan selama 24 jam dikumpul dalam tempoh 12 bulan.
#
Satu rekod yang lengkap menunjuk kerja amal adalah dikehendaki.

Kerja amal yang dilakukan untuk mendapat lencana terdahulu daripada itu tidak dikira.

c) Berdikari
*
telah menghadiri satu PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN selama 48 jam yang diaturkan olah Pasukan Latihan Negeri / Daerah.

d)
Kegiatan

i. Mengajar patrolnya dalam sesuatu kegiatan dan mencapai darjah yang sama seperti ;

- arkeologi
- berlakon
- radio amatur
- berperahu
- ukir mengukir
- pemeliharaan
- tukang kayu
- pengurusan
- makanan
- kajian luar
- tarian kebudayaan
- tukang kayu
- ginastik
- berakit
- melukis
- merakam pita
- atau lain-lain kegiatan

ii. membantu dengan memuaskan di suatu tapak perkhemahan tetap tidak kurang daripada
enam malam.

iii.
a) menanam 6 jenis sayur atau pokok bunga di sebidang tanah tidak kurang 50 meter
persegi dalam tempoh 3 bulan.
ATAU
b)
Mengenali 12 jenis pokok / pokok buah-buahan tempatan dan menanam 3 jenis pokok
atau 3 jenis pokok bunga di dalam pasu.
ATAU
c)
Memelihara dengan jayanya dalam tempoh 6 bulan sekurang-kurangnya 12 ekor ayam atau burung.
ATAU
d)
Memelihara seekor binatang peliharaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. ATAU
e)
Memelihara 50 ekor ikan di kolam atau menyelenggarakan sebuah aquarium tidak
kurang 9 kaki padu dalam tempoh 6 bulan.

PERINGATAN : Buku Log hendaklah disimpan untuk diperiksa oleh Penguji yang akan memeriksanya sekurang-kurangnya tiga kali.

12. TEMUDUGA

Menyerah kesemua Buku Log asal, segala Laporan dan Sijil asal kepada Pesuruhjaya atau wakilnya melalui Pemimpin Unit dan Pesuruhjaya Daerah seterusnya dan memastikan Pengakap Remaja itu telah memenuhi kesemua syarat yang dikehendaki.

13. PERKHEMAHAN PENTARAFAN

Mengadakah satu Perkhemahan Pentarafan yang dikendalikan oleh Pengerusi Latihan Negeri / Lembaga Pentaraf Pengakap Raja atau arahan Ketua Pesuruhjaya Negara.

14. PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN

HARI PERTAMA

1400 - Pendaftaran Perkhemahan
- Ucapan Selamat Datang / memperkenalkan jurulatih
1430 - Persediaan tempat Perkhemahan cara Rimba (backwood)
1800 -
Masak, makan, mandi, solat
2000 - Sidang I : Persetian Pengakap dan Rukunegara
2040 - Sidang II : /Buku Rekod / Log
2120 - Malam Kebudayaan Pengakap
2200 - Minum malam / mesyuarat jurulatih

HARI KEDUA
0600 - Solat /senaman pagi
0700 - Mengembara (Hike) - 20 km dalam masa 8 jam serta menjalankan aktiviti-aktiviti
berikut:-
- plaster cast
- menyeberang sungai
- mendaki bukit
- menganggar
- membuat laporan ringkas secara bertulis.
1500 - Laporan Pengembaraan
1600 - Masak cara rimba (backwoods)
1800 - masak, makan, mandi dan solat
2000 - Sidang III - : Pembangunan masyarakat.
2100 - Malam Kebudayaan Pengakap.
2200 - Minum malam / Mesyuarat jurulatih

HARI KETIGA

0
600 - Solat dan Senaman Pagi
0800 - Ekspidisi berhalangan (base)
a. jambatan komando
b. ‘blind trail
c. membuat rakit
d. aktiviti pertolongan cemas
e. panjat tembok
f. membaca kod
g. memainkan sebuah lagu dengan alat muzik (alatan yang disediakan seperti botol, tin dan lain-lain)
h. lain-lain seperti rambu rimba (bushman’s tong) dan seumpamanya.

1000 Sidang IV : Visi Pengakap Raja

10.30 - BERSURAI

Khamis, 5 Mei 2011

15. SIJIL DIRAJA PENGAKAP RAJA


Sijil Diraja Pengakap Raja adalah sijil yang paling bernilai bagi seorang Pengakap. Untuk mendapatkannya seseorang Pengakap perlu menjalani berbagai ujian yang penuh cabaran semasa mereka berusia 17 tahun.

Nilai yang lebih istimewa kepada sijil ini ialah kemurahan hati dan titah perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam Malaysia menandatangani sijil tersebut.

16. LENCANA PENGAKAP RAJA


Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi budak-budak Pengakap. seorang Pengakap Remaja yang berjaya menerima anugerah ini akan di beri Lencana Pengakap Raja.

1. Rekabentuk Lencana ini bermotifkan daripada Tengkolok di Raja, iaitu tengkolok Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dengan demikian ianya dengan sendirinya membawa makna yang tepat di atas kedudukan nilai lencana ini. Kedudukan Tengkolok diRaja di atas rekabentuk itu membayangkan perintah Raja dijunjung dan dimuliakan.

2. Motif Tengkolok Di Raja ini membawa pengertian yang mendalam kepada ahli Pengakap yang menerima anugerahnya.

3. Motif Tengkolok Di Raja ini diletakan dalam satu perisai berupa kubah masjid yang membawa maksud Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan Raja menjadi ketuanya.

4. Ikatan Persaudaraan Pengakap dan perkataan PENGAKAP RAJA yang bermakna bahawa lencana ini hanya boleh dipakai oleh Pengakap Raja sahaja.

5. Warna kuning sebagai latar membawa makna warna Di Raja

6.
Warna Hijau melingkari tepi lencana adalah warna Pengakap.

5. Kedudukan warna hijau mengelilingi gubahan tengkolok Di Raja itu menunjukkan kesetiaan dan kasih kepada Raja

14 . PENGANUGERAHAN SIJIL DIRAJA PENGAKAP RAJA

Ketua Pesuruhjaya Negara setelah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja itu benar-benar layak dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan. akan dianugerahkan LENCANA dan SIJIL DIRAJA PENGAKAP RAJA setelah berunding dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

17. LANGKAH KE ANUGERAH PENGAKAP RAJA


ANUGERAH PENGAKAP RAJA


PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
[UMUR 17 TAHUN]
TEMUDUGA
[MENGUJI TARAF DAN MENYEMAK REKOD]
PERKHEMAHAN UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA
- TANGGUNGJAWAB - KHIDMAT MASYARAKAT -BERDIKARI -KEGIATAN - PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN-
MEMAKAI RAMBU PENGAKAP REMAJA
5 LENCANA TERTINGGI
- JAYA DIRI - KEMAHIRAN -KEGIATAN -EKSPIDISI - PERKHIDMATAN -
LULUS
- LENCANA USAHA - LENCANA MAJU - LENCANA JAYA -
[KETIKA PENGAKAP MUDA]



18. BUKU LOG DAN SIJIL LENCANA


Pengakap Remaja yang diberi tawaran menjalani Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja adalah DIWAJIBKAN :-
- menyediakan Buku Log dengan sempurna

- Menunjuk sijil seperti senarai di bawah

Bil.

Buku log

Sijil

1.

Log Peribadi

2.

Log Lencana Kemajuan Pengakap

2.1 Lencana Keahlian dan Lencana Usaha

2.2 Lencana Maju

2.3 Lencana Jaya

/

/

/

3.

Log Lencana Kepandaian Pengakap Muda

3.1 Dua [2] Lencana Kegemaran - Pilihan

3.2 Dua [2] Lencana Pengetahuan - Pilihan

3.3 Lencana Ahli Berkhemah

3.4 Dua[2] Lencana Perkhidmatan - Pilihan

3.5 Lencana Pertolongan Cemas

/

/

/

/

/

/

4.

Log Lima Lencana Tertinggi Pengakap Remaja

4.1 Jayadiri

4.2 Kemahiran

4.3 kegiatan

4.4 Ekspidisi

4.5 Perkhidmatan

/

/

/

/

/

5.

Log Lencana Pengakap Raja

5.1 Tanggungjawab

5.2 Perkhidmatan Masyarakat

5.3 Berdikari

5.4 Kegiatan

5.5 Perkhemahan Pengembaraan


-

AUSTRALIA WALTZING MATILDA

Oh, there once was a swagman camped in a billabong,

under the shade of a coolibah tree;

And he sang as he looked at his old billy boiling,

'who'll come a-waltzing Matilda with me?


Chorus


Who'll come a - waltzing Matilda, my darling?

Who'll come a - walting Matilda with me?

Waltzing Matilda and lead...



AUSTRALIA WALTZING MATILDA

A.B. Patterson and Marie Cowan