Rabu, 27 Januari 2010




RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup Demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-­prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepadà Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan udang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan



“.... Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan perpaduan nasional. Kita harus mempertahan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin di kalangan warga yang berlatar belakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus melakukan usaha membina satu kesatuan yang unik dari pelbagai perbezaan di antara kita. Kita perlu terus membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling menghormati yang menjadi penentu kepada kedamaian dan perpaduan yang kita capai....”

(YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi)

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.


Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Rukun Negara adalah merupakan satu ideologi negara yang mengandungi prinsip­prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk akibat daripada Peristiwa 13 Mei, 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ekoran daripada peristiwa tersebut sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta percaya mempercayai di kalangan rakyat secara berkekalan.



SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Kedatangan lnggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan mereka telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan lnggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dan negara China, India dan Indonesia untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar.

Di bawah dasar ‘pecah dan perintah’ kerajaan kolonial lnggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada tahun 1956 iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor pada 1960, di Bukit Mertajam pada 1966 dan Pulau Pinang sekali lagi pada 1967. Peristiwa-peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius hanya dimulakan oleh pihak kerajaan setelah berlaku satu rusuhan kaum yang serius iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa ini kerajaan telah mengambil Iangkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

Anggota-anggota Majlis Perundingan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abd. Rahman, Mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakjl kerajaan negeri dan wakil-wakil parti politik. Majlis ini juga mempunyai wakil-wakil dan kalangan tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan. Majlis Perundingan Negara tersebut telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diadakan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke­Empat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara juga diadakan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undang ­undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan.

Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.


Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

OBJEKTIF
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu-padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian.

BAHAGIAN PERTAMA MENGGARISKAN OBJEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA YANG MAHU DIBENTUK. OBJEKTIF TERSEBUT ADALAH SEBAGAIMANA
BERIKUT:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan

Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


1. MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT.

Semua rakyat hendaklah mendukung cita­cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud.

Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan mi, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

2. MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK

Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.
Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

3. MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain
ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4. MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing ­masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dan segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

5. MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

PRINSIP
BAHAGIAN KEDUA MENGGARISKAN LIMA PRINSIP YANG BERIKUT :-

Kepercayaan Kepada Tuhan;
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara;
Keluhuran Perlembagaan;
Kedaulatan Undang-Undang; dan
Kesopanan dan Kesusilaan.



1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama dan kepercayaan ­kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing­masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. kESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja­Raja dan yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sikap kesetiaan seperti ini merupakan suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.

Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh
mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan rajanya adalah merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara.

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.


Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi oleh prinsip ini ialah berkaitan dengan kedudukan Sen Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawakjuga terkandung di dalam Perlembagaan Negara.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang.Orang bukan Islam bebas menganuti dan mengamalkan agama mengikut kepercayaan agama masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kestabilan negara akan tergugat jika rakyat tidak menerima keluhuran Perlembagaan Negara. Lebih mendukacitakannya lagi jika ada sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritiknya tanpa mengetahui asas penggubalannya. Menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Negara adalah suatu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia.


4. KEDAULATAN UNDANG­ UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang­ undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang­ undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang ­undang tidak boleh dipersendakan, sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi. Kedaulatan undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat negara ini.


5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan NiIai-NiIai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Prinsip ini jika dipraktikkan, akan dapat membentuk seseorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. la penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum. serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Khamis, 21 Januari 2010

Pelancaran & Penguatkuasaan Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia Edisi Baru
Untuk makluman mulai 16 Januari 2010, rupabentuk lencana terutama bagi 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja berkuatkuasa pemakaianya apabila telah dilancarkan pada tarikh tersebut. di Kuala Lumpur Mulai tahun 2010 semua calon Pengakap Raja juga dikehendaki memakai 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja versi baru. Tempahan atau penjualan lencana bolehlah melalui Scoutshop JB

Isnin, 18 Januari 2010

Soalan Objektif - Bahan Ilmu Pengakap















BAHAGIAN A – 25 Soalan

1. Undang-undang Pengakap yang ketiga ialah
A. Berguna
B. Berbudi
C. Bersaudara
D. Berjimat

2. Undang-undang Pengakap yang kelima ialah:
A. Berguna
C. Berbudi
B. Bersaudara
D. Bejimat

Lengkapkan Persetian Pengakap di bawah:-

‘Bahawa dengan sesungguhnya, ………..3…………, yang saya ………………..4……………

3.
A. saya berjanji dan bersetia
B. saya bersumpah dan bersetia
D. saya bersetia dan bejanji
D. saya bcrsetia dan bersumpah

4.
A. akan seberapa daya upaya
B. dengan seberapa daya upaya
C. dengan seberapa upaya
D. tiada di atas.

5. Di manakah Kem Pertama untuk Pengakap yang dianjurkan oleh B-P?
A. Pulau Makassar
B. Pulau Brownsea
C. Pulau Pinang
D. Pulau Riau

Dimanakah letaknya Gilwell Park?
A. Amerika Syarikat
B. Kenya
C. England
D. Semuanya salah

7. Mengapakah tarikh 22hb. Februari penting bagi Pengakap
A. Hari Pengasas
B. Kem Pertama diadakan
C. Hari kelahiran B-P
D. Tiada Jawapan

8. Biasanya Jambori dikelolakan pada tiap-tiap
A. 3 tahun
B. 4 tahun
C. 5 tahun
D. 6 tahun

9. Nama tapak perkhemahan pengakap di Negeri Kelantan ialah
A. Kem Kijang
B. Kem Sardon
C. Kem Coronation
D. Kem Jubli

10. “ Rumah B-P”, Jalan Hang Jebat adalah terletak di
A. Kota Bharu
B. Kuala Lumpur
C. Ipoh
D. Pulau Pinang

11. Cogankata bagi Pengakap Remaja ialah
A. Selalu Berkhidmat
B. Selalu Sedia
C. Pandangan Luas
D. Buat Habis Baik

12. Cogankata bagi Pengakap Kelana ialah
A. Selalu Berkhidmat
B. Selalu Sedia
C. Pandang Luas
D. Buat Habis baik

13. Malaysia telah menganjur JAMNAS yang pertama di
A. MeIaka
B. Pulau Pinang
C. Johor
D. Kelantan

Soalan 14 hingga 17 berdasarkan jawapan di bawah:
I Datuk Dr. Sulaiman Daud
II Lord Barden Powell
III Tuan Haji Ahmad bin Abbas
IV Datuk Hamidin bin Abdulah

14. Ketua Pengakap Negara ialah:
A. I
B. II
C. III
D. IV

15. Ketua Pesuruhjaya Negara
A. I
B. II
C. III
D. IV

16. Pesuruhjaya Negeri kedah
A. I
B. II
C. III
D. IV

17. Pengasas Pengakap ialah:
A. I
B. II
C. III
D. IV

18. Komponen Parlimen adalah terdiri dari:
I. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
II. Dewan Negara
III. Dewan Rakyat
IV. Dewan Bahasa

A. I dan II sahaja
B. I,ll dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

19. Fungsi Parlimen adalah:
I Kuasa Perundangan
II Kuasa Perbincangan
III Kuasa Menghukum
IV. Kuasa Perbicaraan
A. I dan lI sahaja
B. I,Il dan III.
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Fungsi Dewan Rakyat adalah:
I. Pindaan Perlembagaan
II. Gubal Undang-Undang
III. Bahas titah ucapan Diraja
IV Bersidang

21. Bendera Malaysia mengandungi ………………. jalur.
A. 11
B. 12
C. 13
D. 14

22. Warna Putih pada Bendera Malaysia bermaksud:­
A. Taat
B. Berbudi
C. Berbakti
D. Suci

23. LPN ditubuhkan pada tahun ……
A 1970
B. 1971
C. 1972
D. 1973

24. Wakil ParIimen bagi kawasan Padang Terap ialah;
A. Dato’ Haji Ghazali bin Ibrahim
B. Dato’ Seri Mahadir bin Khalid
C. Dato’ Syed Sobri bin Syed Hashim
D. Encik Nasir bin Zakaria


Bahagian Pertolongan Cemas:
26. Apakah tujuan pertolongan cemas?
I Menyelamatkan jiwa
II Menyegerakan penyembuhan
II Menjaga keadaan seimbang
IV Memberi rawatan sehingga pulih
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I , III dan IV
D I , II ,III dan IV

27 Salah satu fungsi paru-paru ialah
A menghazamkan makanan
B mengawal pergerakan otot
C mendapatkan oksigen dan udara ketika bernafas
D mengepam darah ke seluruh badan

Pilih pernyataan yang SALAH bagi pernyataan soalan 28 hingga 30

28
A Dua pasang tulang rusuk melekat pada tulang belakang
B Ada lapan tulang torasik dan tiga tulang koksigeal
C Jantung manusia terdapat dua aurikel dan dua ventrikel
D Darah pembuluh terdapat pada arteri pulmonori

29
A terdapat 12 (dua belas ) pasang tulang rusuk
B Tulang rusuk akan bergerak ke atas semasa pemafasan diambil
C Semua tulang rusuk melekat ke tulang dada hadapan ‘
D Tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru

30
A Patah dikelasifikasikan kepada luka tertutup
B Bengkak, berubah bentuk dan kelembutan adalah tanda-tanda patah
C Semua patah mestilah displintkan.
D Tidak terdapat pendarahan pada patah tertutup ( simple fracture)

31 Apakah faktor biasa yang menyebabkan tersekatnya saluran pernafasan?
A Berhentinya pernafasan
B Melindungi luka dan bertambah teruk
C Menolong menyembuhkan luka
D Mengelakkan jangkitan

32 Antara berikut ialah pernyataan pendarahan nadi KECUALI
A Darah berwarna merah gelap
B Memancut dengan berdenyut dan luka
C Boleh dikawal dengan membuat tekanan pada saluran nadi
D Darah mengandungi oksigen sepenuhnya

33 Istilah ‘terkehel ‘bermaksud
A sakit tetapi boleh gerakkan sendi sepenuhnya
B berubah bentuk tetapi tidak sakit
C sakit , berubah bentuk dan tidak boleh bergerak
D sakit boleh digerakkan tetapi berubah bentuk

34 Patah kaki dengan luka-luka yang banyak boleh dikelaskan sebagai
A patah riuk / terbuka
B patah tertutup
C patah rebung
D patah tebu

35 Apakah tanda-tanda asas pendarahan dalam?
A Bengkak, pucat, denyut nadi pantas
B Pucat, muntah, nadi pantas, nafas panjang, gelisah
C Muntah , menangis , nafas panjang, gelisah
D Tiada tanda-tanda seperti di atas.

36 Rawatan untuk sengatan lebah ialah
A mengurut
B tuaman panas
C tuaman sejuk
D tidak perlu dirawat

37 Antara berikut ialah rawatan bagi gigitan ular KECUALI
A splintkan dan hantar ke hospital
B urut dan pasang splint
C ikat torniguet dan pasang splint
D terus hantar ke hospital tanpa sebarang pertolongan cemas

38 Antara berikut ialah cara pemulihan nafas telentang KECUALI
A cara Dr. Sivester
B cara Dr. Holger Nelson
C cara mulut ke hidung
D cara tekan di dada

39 Apakah tujuan balutan pada luka-luka?
A Mencegah jangkitan kuman-kuman
B Penahan kesakitan
C Merawat kulit yang terkoyak
D Kecederaan dapat diubati

40 Apakah jenis simpulan yang digunakan dalam mengikat balutan pertolongan cemas?
A Tindih kasih
B Buku sila
C Bunga Geti
D Simpul tarik

41 Rajah di sebelah menunjukkan sejenis anduh.
Apakah jenis anduh tersebut?
A Anduh tangan
B Anduh lengan
C Anduh tiga segi
D Anduh bahu

42 Berapakah jarak lebar pembalut bergulung untuk tangan
A 2.5 cm
B 5.0 cm
C 7.5 - 9 cm
D 10 - 15 cm


43 Susun langkah-langkah membalut tangan dengan pembalut tiga segi.
A. II, I, IV, III
B. II, IV, I, III
C. III, I, IV, II
D. IV, I, III, II

44 Antara berikut, faktor yang menyebabkan terhenti pernafasan KECUALI
A Terhimpit saluran udara
B Terhalang saluran udara
C Terhimpit dada
D Kekurangan oksigen di dalam darah

45 Dalam pemulihan pemafasan secara Holger-Nelson, berapakah bilangan yang perlu dilakukan dalam satu pusingan?
A 4
B 5
C 6
D 7

46 Berapa kalikah dalam seminit pusingan yang lengkap kaedah pemulihan pernafasan Holger-Nelson ?
A 8 kali
B 12 kali
C 16 kali
D 20 kali

47 Rajah di atas menunjukkan salah satu kecederaan.
Apakah jenis kecederaan tersebut?
A Patah riuk
B Patah tebu
C Patah melarat
D Patah rebung

48 Antara berikut ialah cara-cara menahan darah KECUALI
A tekanan tepat
B tourniquet
C tekan sipi
D tuaman

49 Apakah maksud touniquet?
A Menekan path bahagian luka
B Menekan pada urat nadi
C Mencerut dengan ketat dan longgarkan
D Mengikat pembalut lebar

• Ambil kain kapas, kain putih atau sapu tangan besar
• Lipat mengikut besar yang dikehendaki
• Rendamkan dalam air sejuk dan perah hingga tiada menitik
• Jangan ditutup

50 Pernyataan di atas ialah salah satu teknik rawatan.
Nyatakan jenis teknik rawatan tersebut.
A Tuaman panas
B Tuaman sejuk
C Mencuci luka
D Membilas luka


BAHAGIAN C : (IKATAN DAN SIMPULAN)

51. Simpulan Buku Sila boleh digunakan untuk tujuan berikut kecuali
A. menyambung dua utas tali yang sama besar
B. mematikan ikatan path bungkusan
C. mematikan hujung tali
D. mengikat anduh

52. Untuk mengikat tali pancang khemah, ikatan yang paling sesuai digunakan ialah
A. simpul manuk
B. lilit ‘taut-line’
C. lilit balak
D. lilit dua simpul

53. Ikatan yang digunakan untuk menyambung tali di bendera dengan tali di tiang bendera ialah
A. Bunga Keti
B. Tindih Kasih
C. Belit Lucut
D. Lilt Pasdul Pasdul

54. Ikatan Serong paling sesuai dimulakan dengan ikatan
A. Manuk
B. Balak
C. Belit
D. Lilit kacang

55. Simpul tapak kucing digunakan untuk
I. Memendekkan tali
II. Mengikat dua kayu yang bersilang
III Mengikat tali pada takal
IV. Menambat jambatan pada pancang
A. I dan II
B. Il dan III
C. I dan III
E. IV sahaja

56. Untuk membuat tangga menggunakan tali, simpulan yang digunakan ialah
A. Simpul Ngah
B. Simpul Abah-Abah
C. Lilit Tindih Kejap
D. Simpul Kerusi

57. Seorang ahli pengakap hendak menggantung bekalan makanan yang berada di dalam tin minyak tanah supaya tidak dicuri orang semasa perkhemahan. Dia akan menggunakan ikatan
A. Lilit Tong
B. Lilit Tin
C. Lilit Gantung
D. Lilit Tindih Kejap

58. Ikatan berikut ada kaitan dengan mengikat dua kayu/buluh, kecuali
A. Seraya
B. Serong
C. Silang Gunting
D. Pasdul

59. Ikatan berikut boleh digunakan untuk membuat lantai meja makan atau lantai pangkin tempat tidur, kecuali
A. Seraya
B. Lilit Kacang
C. Seraya Jepun
D. Simpul Buaian

60. Untuk menegangkan tali besar pada Jambatan Gantung, takal telah digunakan. Tali kecil yang digunakan untuk menarik tali yang besar itu diikat menggunakan ikatan
A. Lilit Berkas Tingkat
B. Lilit Tindih Kejap
C. Simpul Kepala Lalat
D. Simpul Pengail

61. Dua tail yang sama besar boleh disambung menggunakan ikatan/simpulan berikut; kecuali
A. Simpul Raga
B. Sambat Pendek
C. Buku Sila
D. Bunga Keti

62. Ikatan yang diikat pada pokok oleh seseorang yang hendak turun dan bukit dan tali tersebut boleh diambil semula tanpa perlu naik semula ke atas bukit tersebut ialah
A. Tindih Kasih Berganda
B. Simpul Kerusi
C. Simpul Belit Lucut
D. Lilit Tindih Kejap

63. Seutas tali hendak dilontarkan pada suatu dahan pokok. Untuk memudahkan tali itu dilontar, boleh menggunakan ikatan
A. Genggam Monyet
B. Simpul Serban
C. Takal Tali
D. Kepala Lalat

64. Berikut ialah cara kepala tali dimatikan, kecuali
A. Kepala Lalat
B. Sambat Mata
C. Lilit Pemati Biasa
D. Lilit Pemati Selit

65. Satu tempat pada seutas tali hampir putus kerana tergesel batu, tali tersebut boleh diselamatkan daripada terpaksa dipotong dengan menggunakan simpulan
A. Simpul Pulih
B. Simpul Himpit
C. Simpul Kerusi
D. Simpul Manuk

66. Tanjul atau gelung di tengah tali boleh dibuat menggunakan
A. Simpul Tapak Kucing
B. Simpul Ngah
C. Simpul Serban
D. Simpul Buaian

67. Simpul Raga digunakan untuk memulakan simpulan
A. Genggam Monyet
B. Simpul Berlian
C. Simpul Serban
D. Simpul Tapak Kucing

68. Ikatan yang paling sesuai untuk diikat pada pokok dalam aktiviti
Abseiling/Rappelling ialah
A. Tindih Kasih Air
B. Serong Filipina
C. ikatan Pengail
D. Simpul Manuk

69. Ikatan path bendera yang akan ditarik semasa istiadat mengibarkan bendera ialah ikatan
A. Simpul Pulih
B. Lilit Balak
C. Belit Lucut
D. Buku Sila

70. Dua kayu yang pendek perlu disambung supaya sesuai untuk dijadikan tiang bendera. Ikatan yang sesuai digunakan ialah
A. Silang Gunting
B. Silang Tungku
C. Silang Kayu
D. Silang Serong

Soalan 71 hingga 75, namakan ikatan/simpulan berikut:

71.
A. Tindih Kasih Air
B. Simpul Ngah
C. Lilit ‘Taut-Line’
D. Simpul Abah-Abah

72.
A. Lilit Batak
B. Lilit ‘Taut-Line’
C. Lilit Dua Simpul
D. Simpul Himpit

73.

A. Sambat Mata
B. Sambat Balik
C. Sambat Pendek
D. Sambat Kepala

74.
A. Ikatan Pengail
B. Lilit Tindih Kejap
C. Belit Lucut
D. Ikatan Balak

75.
A. Lilit SiIang
B. Lilit Serong
C. Lilit Kacang
D. Lilit Lipan

76. Anda berdiri dalam keadaan ‘sedia’. Apabila dapat hukuman senang diri, kaki manakah anda gerakkan?
A. Kanan dan kiri
B. Kiri dan kanan
C. Kanan sahaja
D. Kiri sahaja

77. Semasa berjalan, anda diberi hukuman ‘berhenti’. Di atas kaki manakah hukuman ‘henti’ itu diberi.
A. Kanan
B. Kiri
C. Kanan kiri dan kanan
D. Semua di atas

78. Bahasa hukuman ‘Hormat Selaku Terima Sijil’ akan diberikan di atas kaki
A. Kiri
B. Kanan
C. Kiri dan kanan
D. Tiada jawapan di atas

79. Anda sedang berkawat dalam 3 (tiga) barisan. Troop anda menghadap ke hadapan. Kemudian anda hendak gerakkan troop anda ke kiri. Bagaimanakah bahasa hukumannya?
A. Tiga barisan, menghadap ke kiri gerak.
B. Bergerak ke kiri dalam tiga barisan pusing.
C. Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke hadapan pusing.
D. Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri pusing.

80. Troop anda berbaris dalam 3 (tiga) barisan melintang. Untuk pemeriksaan bagaimanakah kedudukannya. (pilih satu sahaja) (2 markah)
A. Dalam tiga barisan terbuka
B. Dalam tiga barisan tertutup
C. Dalam keadaan senang diri
D. Dalam keadaan ‘B’ dan ‘C’

81. Dalam pergerakan ‘ke kanan Lurus’ apakah pergerakan anda yang pertama?
(Pilih satu sahaja) (2 markah)
A. Hentak kaki berturut-turut, serta luruskan barisan.
B. Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kiri.
C. Pandang hadapan
D. Pandang kanan dan dalam masa yang sama angkat tangan kanan sana paras orang di sebelah kanan.

82. Apabila membuat pergerakan ‘ke belakang pusing’, berapa darjahkah anda berpusing? (2 markah)
A. 45°
B. 90°
C. 180°
D. 360°

Soalan 83 hingga 85
(H) Hadapan
(L) Kiri
(R) Kanan
(B) Belakang
X arah kedudukan anda sedang menghadap
-> Arah yang akan anda pusing

83. Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang, Pusing

84. Skuad akan bergerak ke kiri, ke kiri., Pusing. (H)

85. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang, Pusing

86 Arah yang sentiasa ditunjukkan oleh jarum kompas magnetik ialah
A utara grid
B utara benar
C utara kutub
D utara magnet

87 Bering yang ditentukan berdasarkan kiraan dan arah utara dan selatan dinamakan
A bearing bulatan
B bearing timuran
C bearing azimut
D bearing sukuan

88 Selain menggunakan kompas magnetik, arah mata angin boleh diketahui dengan berpandukan
A Arah tiupan angin
B pasang surut air laut
C kedudukan matahari
D aliran sungai

89 Pasangan yang berikut menunjukkan sudut darah untuk mata angin KECUALI
A Timur 90°
B Tenggara 155°
C Selatan 180°
D Barat laut 315°

90 Dalam rajah di atas , bering sukuan dan Kampung Besta ke Kampung Tun ialah
A U 45° T
B S 45° T
C U 90° B
D S 135° T

91 Pernyataan-pernyataan berikut menerangkan ciri-ciri bering KECUALI
A bearing dinyatakan dalam unit darjah
B terdapat dua jenis bering iaitu bulatan dan sukuan
C bearing boleh digunakan untuk mengukur jarak
D bering bulatan dinyatakan mengikut pusingan jam

92 Antara berikut, apakah kegunaan panduan grid dalam peta topo?
A Menentukan kedudukan
B Menentukan ketinggian
C Menentukan arah
D Menentukan kecerunan

93 Nisbah antara jarak dalam peta dengan jarak di permukaan bumi dikenali sebagai
A jarak relatif
B skala
C jarak mutlak
D keluasan

Soalan 94 dan 95 berdasarkan rajah di bawah ini.







94 Dalam rajah di atas ,berapakah bering bulatan dan kedudukan A ke B?
A 75°
B 110°
C 125°
D 215°

95 Berdasarkan rajah di atas, bering sukuan kedudukan B dan kedudukan A ialah
A U 35° B
B S 55° T
C U125° B
D S 35° B

96 Garisan-garisan menegak dan mendatar yang terdapat dalam peta topo dinamakan
I garisan lintang
II garisan bujur
III garisan utaraan
IV garisan timuran

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 97 hingga 100 berdasarkan peta di bawah.

97. Ciri budaya yang terdapat dalam kawasan grid di atas ini ialah
I balai polis
II sekolah
III kedai
IV masjid
A I dan II
B ll dan III
C l dan IV
D III dan lV

98 Puncak Bukit Ayu terletak di rujukan grid
A 091554
B 116530
C 105545
D 120554

99 Ciri apakah yang terdapat di rujukan grid 104554?
A Stesen minyak
B Masjid
C Kolej
D Klinik

100 Pernyataan manakah yang boleh dikaitkan dengan bahagian tenggara kawasan peta
A terdapat pusat keagamaan
B kawasan sawah padi
C terdapat pusat rekreasi
D terletaknya kemudahan sosial

Isnin, 11 Januari 2010

Tingkah Laku Semasa Perkhemahan

Banyak tingkah laku dan adab yang seharusnya anda pelajari semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Se­setengah peserta melakukan adab yang buruk dan keji semasa perkhemahan. Anda seharusnya menjauhi tingkah Iaku tersebut dan belajar menghiasi diri anda dengan tingkah laku yang baik dan terpuji.


TINGKAH LAKU TERPUJI
Perkhemahan merupakan satu tempat melatih diri dengan­ tingkah laku yang terpuji. Tingkah laku yang terpuji ialah:

1. Bangun awal pada waktu pagi.
Lord Barden Powell (1955) menyatakan seorang pengakap seharusnya bangun pada awal pagi. Beliau mengatakan sepatutnya seorang pengakap bangun satu atau dua jam lebih awal daripada orang biasa. Dengan itu dalam sebulan, pengakap sudah beruntung sebanyak 30 jam atau Iebih. Seorang pengakap beragama Islam seharusnya sedar kepentingan bangun awal pada waktu pagi. Ini kerana agama Islam mewajibkan setiap umatnya bangun pada awal pagi bersembahyang subuh semenjak 1431 tahun lalu.

2. Senyum dan sentiasa riang.
Lord Barden Powell (1955) menyatakan seorang pengakap itu seharusnya sentiasa senyum dan riang di perkhemahan. Beliau menyatakan orang yang tidak suka senyum merupakan orang yang tidak sihat. Anda seharusnya senyum kerana keadaan akan meyebabkan orang lain akan turut sama riang. Senyum itu sedekah.

3. Tidak mudah putus asa.
Setiap peserta perkhe­mahan tidak seharusnya berasa putus asa apabila menemui kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan aktiviti yang diatur sebaliknya berusaha sehingga memperoleh kejayaan.

4. Semangat tolong-menolong.
Setiap peserta seharusnya saling membantu dan menolong antara satu sama lain. Tanpa perasaan dan tingkah laku bantu-membantu, per­khemahan yang dijalankan tidak menghasilkan perkhemahan yang baik dan menyeronokkan semua peserta. Setiap peserta tidak seharusnya berasa cemburu dan hasad dengki antara satu sama lain. Lakukan kerja dengan semangat tolong-menolong tanpa paksaan dan desakan daripada luar. Keadaan ini sesuai dengan undang-undang pengakap.

5. Pandai menyesuaikan diri.
Anda seharusnya berusaha menyesuaikan diri anda dengan alam perkhemahan. Banyak perbezaan yang ketara dalam perkhemahan dengan keadaan di rumah atau di sekolah. Kebiasaannya, di rumah anda dibantu oleh ibu, ayah dan kakak untuk melakukan berhagai-bagai kerja. Di perkhemahan, anda seharusnya melakukan sendiri dengan bantuan rakan yang agak sebaya dengan anda.

6. Jaga kebersihan dan keselamatan diri.
Anda seharusnya menjaga kebersihan dan keselamatan diri anda sepanjang masa perkhemahan. Anda seharusnya mandi dan membersihkan diri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Makanlah makanan yang bersih dan sentiasa tertutup.


TINGKAH LAKU YANG BURUK

Anda seharusnya menjauhi dan meninggalkan beberapa tingkah laku yang buruk dan keji. Tingkah laku ini kerap kali diabaikan oleh peserta di sesuatu perkhemahan. Antara tingkah laku yang seharusnya dijauhi dan ditinggalkan ialah

1. Melengah-lengahkan solat.
Peserta yang beragama Islam tidak seharusnya lalai dan melengah-lengah sembahyang. Anda seharusnya meninggalkan semua pekerjaan dan kegiatan apabila masuk waktu sembah­yang. Anda dikehendaki bersembahyang terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya. Anda juga tidak seharusnya bersembahyang semasa di perkhemahan sahaja sedangkan di rumah anda tidak melakukannya kerana malas.

2. Merokok
Ahli pengakap yang sejati tidak akan merokok dan menahan nafsunya. Merokok merupakan tingkah laku yang bodoh. Merokok boleh membahayakan kesihatan tubuh badan manusia dan tidak bermanfaat langsung dari segi kesihatan dan deria bau (hidung). Ahli Pengakap tidak seharusnya merokok kerana mereka tidak bodoh untuk membinasakan dirinya sendiri. Merokok adalah haram kepada orang Islam menurut majlis fatwa kebangsaan.

3. Menahan nafsu.
Setiap pengakap wajib nafsu daripada melakukan perbuatan yang keji dan hina. Anda harus menjauhhi perbuatan yang boleh menaikkan nafsu anda seperti bercakap perkara perkara yang boleh menaikkan nafsu.

3. Merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.
Anda tidak seharusnya merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Anda tidak patut menebang dan menakik pokok tanpa tujuan yang berfaedah. Tahukah anda berapa lama yang diperlukan untuk sebatang pokok itu tumbuh, terutama di kawasan berpasir dan kering? sedangkan anda mene­bangnya dalam masa beberapa minit sahaja. Anda sebagai seorang pengakap seharusnya menjaga kehidupan ini supaya tidak rosak.

4. Mencari kesalahan kawan.
Anda tidak seharusnya mencari kesalahan kawan anda dengan maksud yang tidak baik. Setiap manusia mempunyai kesalahan dan kelemahan yang tersendiri. Mencari kesalahan kawan sudah tentu mengakibatkan berlaku pertelingkahan dan merenggangkan persahabatan. Persahabatan merupakan teras undang-undang pengakap. Keadaan ini telah ditetapkan oleh agama Islam sejak 1431 tahun lalu.

5. Panjang tangan (Mencuri).
Setiap peserta perkhemahan tidak seha­rusnya mengambil barang orang lain. Anda tidak patut melakukan perbuatan tersebut sama ada untuk main-main (bersuka) atau bersungguh-sungguh.

6. Curi tulang.
Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Anda seharusnya melakukan semua pekerjaan yang telah di­amanahkan kepada anda dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab. Anda seharusnya cuba berusaha melaku­kan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu sebelum menyerah kalah atau meninggalkan kerja tersebut. Keadaan ini sesuai dengan cogan kata pengakap kanak-kanak ‘Buat sehabis baik’. Sesuatu patrol akan tempang jika terdapat seorang atau dua orang yang mempunyai sifat mencuri tulang. Patrol itu sudah tentu akan ketinggalan daripada semua segi berbanding dengan patrol yang mempunyai ahli yang bekerjasama antara satu sama lain. Sifat ini seharusnya anda teruskan dalam penghidupan seharian di luar perkhemahan.

Sabtu, 9 Januari 2010

SEBELUM MENINGGAL KAWASAN PERKHEMAHAN

Kebiasaannya, perkhemahan akan berakhir pada sebelah petang hari terakhir perkhemahan. Kadangkala perkhemahan akan berakhir pada sebelah pagi apabila tapak perkhemahan jauh dari rumah atau sekolah. Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan oleh jawatankuasa dan peserta perkhemahan. Antaranya adalah seperti berikut:


Rajah : Perkara perkara yang perlu dilakukan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan
Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, pemimpin unit atau penganjur seharusnya meneliti beberapa perkara supaya perkhemahan yang dijalankan itu meninggalkan ke­san yang baik seperti:
1. kawasan perkhemahan perlu dibersihkan sehingga lebih bersih daripada sebelum digunakan. Antara perkara yang diabaikan oleh peserta sesuatu perkhemahan ialah:
sampah sarap dibuang bertaburan. Sampah sarap sepatutnya dibakar. Tin bekas makanan seharusnya dikemek terlebih dahulu sebelum ditanam.
b. gejek dan kraf perkhemahan dibiar begitu sahaja. Anda perlu merobohkan semua gejek, pagar, pintu gerbang dan semua kraf perkhemahan. Buluh atau kayu yang digunakan untuk peralatan gejet dan sebagainya jika tidak dibawa balik, disusun rapi dan kemas di suatu tempat yang sesuai.
c. kayu dan bara api dibiarkan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Anda seharusnya menimbuskan bara api, arang dan abu ke dalam tanah. Pastikan bara api tidak dibiarkan di merata-rata tempat.
d. lubang yang digali dibiarkan. Anda perlu menimbus­kan lubang yang digali seperti sebelurn anda berkhemah.
2. Semua peralatan kumpulan hendaklah disemak oleh QM kumpulan dan sesuaikan mengikut senarai yang dibawa. Jika berlaku kerosakan dan kehilangan, hendaklah dicatat dan dilaporkan kepada pemimpin unit.
3. Setiap peserta perlu memastikan semua barang dan pera­latan yang dibawa tidak tertinggal di kawasan perkhe­mahan.
4. Kumpul dan susun semua peralatan yang dibawa di suatu tempat mengikur patrol. Jika dapati ada peralaran yang tertinggal, pungut dan berikan kepada tuan punya. Apabila didapati peralatan yang hilang, setiap peserta seharusnya menyemak dan memastikan supaya tidak temasuk ke dalam beg masing-masing.
5. Mengucapkan selamat tinggaI kepada penduduk setempat, jika anda berkhemah berhampiran perkampungan. Ucapkan terima kasih kepada tuan punya tanah, jika terdapat penjaga di kawasan perkhemahan itu.


MELIPAT, MENJAGA DAN MENYIMPAN KHEMAH

Khemah perlu diturunkan dan dilipat supaya senang dibawa balik selepas perkhemahan. Khemah yang telab diturunkan seharusnya dilipat dengan betul dan kemas supaya tidak teburai di pertengahan jalan, terutama apabila berkhemah jauh daripada perhubungan awam. Semua tali dan pancang hendaklah diletakkan di bahagian dalam lipatan. Khemah yang paling senang dilipat ialah khemah bentuk ‘A’ dan dinding.
Sebelum melipat khemah, anda hendaklah memastikan sampah sarap tidak melekat pada khemah. Jika kesempatan masa, khemah yang masih lembap seharusnya dibiarkan kering di bawah cahaya matahari. Apabila sampai di sekolah, anda seharusnya mengeringkan khemah jika khemah masih basah atau lembap. Ini untuk mengelakkan khemah menjadi cepat rosak dan koyak.

Sebelum anda menyimpan khemah, pastikan ia telah kering dan bersih daripada segala kekotoran. Anda juga tidak harus menyimpan khemah di tempat yang lembap dan sejuk.

Simpanlah khemah di dalam almari yang sesuai. Apabila khemah tidak digunakan beberapa lama, anda seharusnya membuka sekali sekala dan menyidai di bawah cahaya bilik. Biasanya, khernah pelu dibuka apabila tidak digunakan dalani tempoh tiga hulan atau Iebih. Ini untuk rnemastikan khemah kering, tidak cepat rosak atau digigit oleh serangga. Khemah hendaklah sentiasa dijaga dengan rapi supaya tidak mudah koyak dan rosak. Jika terdapat bahagian khemah yang koyak, hendaklah ditampal dan dijahit. Khemah yang dibuat daripada kain tebal, seharusnya dicat sekali sekala.
Sebelun anda melipat khemah, ia perlu dibentangkan di atas tanah. Selepas itu, lipat ke bahagian dalam khemah semua helaian pintu dan penahan angin ( jika ada). Semua tali khemah hendaklah dimasukkan ke dalam lipatan. Anda tidak menbiarkan tali khemah berjuntai keluar daripada gulungan khemah tersebut (lihat Rajah 13. 1).
Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebib kurang 0.5 meter. Kemudian, gulung dengan kemas. Akhinya, khemah diikat dengan kemas (lihat Rajah 13.3).