Kami masih mengusahakan gambarnya, sila kembali lagi untuk melihat gambarnya
Nama Tempatan: Ulat Bulu
Nama Saintifik: Passiflora foetida
Nama Lain: Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja,
Famili: Passifloraceae
Lokasi dijumpai:
Asal: Amerika selatan dan Barat India
Keterangan:
pokok ulat bulu ini merupakan sejenis tumbuhan yang begitu mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang terbiar.Kadar pertumbuhannya begitu cepat sehingga ia dapat menguasai sesuatu kawasan dalam tempoh yang singkat.Tumbuhan ini juga adakalanya menjadi tumbuhan tutup bumi di kawasan-kawasan seperti ladang getah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Ia mempunyai batang yang kecil dan keras seperti wayar.Permukaan batangnya di litupi oleh rerambut halus yang pendek dan melekit.Daunnya mempunyai 3 cabang seperti daun anggur. daunnya berbau kuat dan agak busuk jika dihancurkan. Tumbuhan ini menjalar dengan menggunakan sulur paut.Bunganya berwarna putih. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi oren kemerahan apabila masak.Tampuk buah/bunga berbentuk seperti jaring yang melindungi buah/bunga dan berwarna hijau. ia seolah-olah perangkap kepada serangga, namun tiada fakta yang membuktikan ia menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya. Tumbuhan ini masih belum dikelaskan kedalam kategori tumbuhan karnivor ,tetapi banyak kajian yang sedang dijalankan keatasnya.buahnya mengandungi banyak biji benih berwarna hitam.Biji benih ini dilitupi oleh isi buah yang berwarna putih, lembut berair dan manis.Buah ini boleh dimakan.Pucuknya yang muda serta sulurnya boleh dijadikan sayur.Ia boleh digoreng, dimasak lemak atau sup.tumbuhan ini membiak melalui biji benih
Kegunaan:
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal. juga untuk merawat luka dan batuk.Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat.Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan batuk.Untuk luka pula, caranya begitu mudah iaitu dengan melumatkan daunnya dan diletakkan pada bahagian yang luka.
PENYELESAIAN TERHADAP MASALAH KEPENGAKAPAN
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan