Sabtu, 12 Disember 2009

Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia


Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan