Orang yang cedera boleh dibawa dengan dua cara, iaitu dibawa oleh satu orang atau dibawa oleh dua orang.
Dibawa oleh satu orang
1. Kaedah mengangkat dalam tangan/dukung
Kaedah ini digunakan apabila orang tersebut lebih ringan atau seorang kanak-kanak. Dalam kaedah ini, orang yang cedera hendaklah diangkat di bawah bahu dan lutut dengan tangan. Dia harus diangkat dengan selesa.
.............................................
Dalam kaedah ini, pengakap berdiri di sisi pesakit dengan memegang pinggangnya serta meletakkan tangan pesakit ke atas bahunya. Kemudian mengangkat pesakit tersebut dan membawa dan memberi sokongan kepada pesakit.
.................................................
Biarkan pesakit berdiri. Pegang sebelah tangannya dan masukkan sebelah lagi tangan anda di antara kedua belah kaki pada lutut. Pegang sebelah kakinya pada lutut dan angkat pesakit di atas belakang anda. Pesakit boleh juga diduduk pada tempat yang agak tinggi, bongkok di hadapannya dengan bahagian mukanya di atas belakang anda. Suruh pesakit mengepit kakinya di pinggang anda dan tangannya memeluk bahu anda dan angkat perlahan-lahan.
............................3.....................
....................4..............................
Dibawa oleh dua orang
1. Duduk di atas dua tangan
Kaedah ini digunakan apabila terdapat patah pada tangan pesakit, dan pesakit tidak dapat memegang pembantu. Kedua-dua pembantu berdiri berhadapan di sisi pesakit dan pegang pesakit dengan sebelah tangan pada paras dada. Kemudian angkat pesakit sedikit dan pegang tangan antara satu sama lain di bahagian tengah paha. Pembantu sebelah kiri hendaklah meletakkan tapak tangannya mengadap ke atas dan pembantu di sebelah kanan hendaklah mengadap tangannya ke bawah dan membentuk cangkuk dengan jari-jari. Kedua-duanya boleh juga memegang sapu tangan atau sebarang jenis kain dengan kuat. Selepas itu barulah pembantu boleh mula berjalan perlahan-lahan.
..................................................
2. Duduk di atas empat tangan
Kedua-dua pengakap membentuk tempat duduk seperti kerusi dengan memegang pergelangan tangan antara satu sama lain. Kedua-dua pengakap memegang tangan kanan kiri seorang lagi dengan menggunakan tangan kanan mereka. Selepas membentuk tempat duduk, kedua dua pengakap duduk di belakang pesakit dan menyuruh pesakit duduk dan meletakkan kedua-dua belah tangannya ke tengkuk kedua-dua orang pengakap. Berikutnya, pengakap di sebelah kanan harus mula melangkah dengan kaki kanan sementara pengakap di sebelah kiiri melangkah dengan kaki kiri.
................................................
3. Duduk di atas tiga tangan
.................................................
Kaedah ini digunakan apabila tidak cukup ruang untuk menggunakan kaedah duduk di atas dua, tiga dan empat tangan. Dalam kaedah ini, seorang pengakap memegang pesakit pada lututnya dan seorang lagi memeluk dadanya dari belakang. Kedua dua pengakap mengangkat pesakit dengan perlahan-lahan.
..................................................
5. Menganding pesakit
...................................................
Risiko Memindah Orang Cedera
1. Saluran penafasan pesakit mesti sentiasa dijaga dengan baik, jangan biarkan tersumbat atau tersekat, jika boleh dapatkan udara yang bersih.
2. Jika pesakit keluar darah yang terlalu banyak, cuba hentikan darahnya secepat mungkin.
3. Jika pesakit patah tulang dan keluar darah terlalu banyak jangan pindahkan pesakit jika tidak perlu
4. Peralatan pertolongan cemas mesti cukup. Jika tidak ini akan menyakitkan pesakit.
5. Sentiasa perhatikan denyutan nadi dan penafasan pesakit dengan membuat rekod demi keselamatan pesakit.
6. Alat-alat pengangkutan seperti usungan mesti diperiksa terlebih dahulu demi keselesaan dan keselamatan pesakit.
7. Memilih teknik atau cara mengangkut pesakit sesuai dengan kecederaan yang dialaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan