Jumaat, 11 Disember 2009

Lencana Keahlian


Bagi Pengakap Kanak-kanak yang menyambung keahliannya sebagai Pengakap Muda di sekolah menengah, tidak perlu menduduki ujian bagi mendapatkan Lencana Keahlian bagi unit Pengakap Muda. Seorang remaja yang berumur lebih dari 12 tahun dan ingin memasuki pergerakan pengakap, mereka akan diuji dalam beberapa perkara yang telah ditetapkan. Satu istiadat perlantikan akan dilakukan di peringkat kumpulan bagi ahli yang telah lulus Lencana Keahlian.

Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : -
1. Peraturan pakaian seragam Pengakap
2. Prinsip Rukun Negara
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell
7. Simpulan & ikatan : -
- Buku Sila
- Bunga Geti
- Simpul Manuk
- Tindih Kasih
- Lilit Dua Simpul

- Lilit Pemati Biasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan