Khamis, 10 Disember 2009

SUKATAN LENCANA PENGAKAP REMAJA





LENCANA JAYA DIRI
SUKATAN PELAJARAN LENCANA JAYADIRI
  1. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui lambang Malaysia dan lambang negeri masing-masing.
  2. menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-alin.
  3. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan parlimen dan ahli parlimen bekenaan.
  4. Mempunyai buku log pengakap yang kemas kini.

........................................

LENCANA KEMAHIRAN
SUKATAN PELAJARAN LENCANA KEMAHIRAN

1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, lencana Maju dan Lencana Jaya, kawad Tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit pengakap dalam ilmu tersebut.

2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:

3. Mengatahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu

  • 3-2-1
  • log dan picket
  • dead-man

4. Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang 5 meter tinggi panjang.

5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui tentang asas orientering dan cara membuat cross-bearing bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.

6. memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat bivouac dan bermalam di dalanya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/daging dan telur.

7. Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat dua jenis plaster cast.

8. Mengetahui cara membuat penganggaran (estmation) tinggi dan lebar.

9. Membuat satu model projek perintis.

10. Lakukan perkara yang berikut:

a. berenang 50 meter berpakaian lengkap.

b. melempar seutas tali yang pangjang 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali lemparan.

ATAU

c. mengetahui cara Abseil / Rappel, peralatan untuk abseil, langkah keselamatan, sistem lilit, cara abseil dan melakukan abseil sejauh 8 meter.

ATAU

d. Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya;

  • melalui titi goyang
  • melalui titian komando
  • melalui titi pacak
  • bergayut monyet
  • merangkak deadman.s crawl
  • merangkak dalam gelungan tayar
  • merangkap bawah jaring
  • melalui terowong
  • memanjat tali
  • memanjat pokok
  • memanjat tangga
  • memanjat tembok
  • memanjat batang pokok

e. menggunakan tindih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurungkan seorang yang cedera dari tempat tinggi - 5 meter (pokok atau bangunan atau gaung curam)

................................

LENCANA KEGIATAN

SUKATAN PELAJARAN LENCANA KEGIATAN

Mempunyai pengetahuan yang cukup tentang peraturan dan langkah keselamatan serta menunjukkan kemahiran dalam satu kegiatan berikut.

1. Pementasan
Mengambil bahagian utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan di peringkat sekolah atau mana-mana peringkat lain.

ATAU

2. bertukang kayu/logam
Membuat sebuah perabot yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, rak buku dan sebagainya.

ATAU

3. Tarian Kebudayaan
Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsaan seperti joget, canggung, zapin, sumazau, ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam kebudayaan negara.

ATAU

4. Kraftangan / kerja tangan
Membuat satu perkara berikut yang memuaskan dengan usaha sendiri.

  • ciptaan seni ukur/seni arca
  • cap mengecap batik
  • anyaman tradisional
  • lukisan mural
  • jahitan/tenunan/tekat/gubahan/akit mengait

ATAU

5. seni mempertahankan diri

Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan diri seperti silat, kung fu, selamban, tae kwan do, karate, tomoi dan sebagainya.

ATAU

6. Muzik

dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden atau alat muzik tradisional.

ATAU

7. Urusetia

Mengelolakan satu perjumpaan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya.

ATAU

8. Pertanian

ATAU

9. Komputer

.......................................................


LENCANA EKSPEDISI


SUKATAN PELAJARAN LENCANA EKSPEDISI
1. Latihan ekspedisi
Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan selama 24 jam yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg, termasuk 10 kg, barang makanan. dia hendaklah bersedia menyediakan dan menyusunnya di dalam beg sandang (haversack)

2. Ekspedisi

Mengambil bahagian yang penting selama 24 jam dalam satu ekspedisi Pengakap berikut yang mengandungi 4 hingga 8 orang dengan


a. Berjalan kaki sejauh 40 km.

ATAU

b. Berbasikal sejauh 120 km

ATAU

c. berperahu/berkayak sejauh 16 km (8 km mudik dan 8 km mengilir

ATAU

d. berakit sejauh 30 km

ATAU

e. Mendaki bukit / gunung (mengikut keadaan tempatan)

3. Satu laporan (mengikut format yang ditetapkan) yang lengkap berkenaan ekspedisi itu, dengan tulisan tangan, ditaip, dirakam dalam pita rakaman atau diviedokan hendaklah diserahkan kepada penguji tidak lewat daripada 10 hari selepas ekspedisi itu selesai dilakukan.


.......................................

LENCANA PERKHIDMATAN

SUKATAN PELAJARAN LENCANA PERKHIDMATAN
1. Menyelamat nyawa

Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:

a. Pertolongan Cemas - sijil peringkat asas (St. john Ambulans atau Bulan Sabit Merah atau yang setara)

b. pemadam Api (Sijil Asas Kebombaan)

c. Penyelamat nyawa atau 'Broze Medallian' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam.

2. Perkhidmatan Masyarakat

Membuat kerja amal yang diakui, kepada masyarakat selama 24 jam dalam tempoh 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam perkhemahan daaerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempar apabila berlaku kebakaran, menuai padi dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan ( JKKK ) atau seumpamanya.


...........................................
RAMBU PENGAKAP REMAJA

  1. Lulus semua ujian Lencana tertinggi dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan.
  2. Menunjukkan sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi.
  3. Mengamalkan prinsip pengakap.
  4. Berkelakuan baik dan disegani.
  5. Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap layak.
  6. Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Remaja sebelum Anugerah Pengakap Raja.
  7. Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.

.......................................

UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA

Demi layak untuk mengambil Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Remaja. Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu : -

A. Tanggungjawab

B. Khidmat Masyarakat

C. Berdikari & Perkhemahan Pengembaraan

D. Kegiatan

E. Ekspedisi

Ujian Sikap Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan pengembaraan yang dijalankan di peringkat daerah yang berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Dalam masa itu, seseorang calon akan : -

1. mengembara kira-kira 80 km

2. menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam

3. melawati tempat-tempat bersejarah

4. diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan

5. melakukan pelbagai aktiviti berpengakap

Semua ujian sikap Pengakap raja dijalankan oleh pasukan latihan daerah / negeri supaya dapat memperoleh taraf yang tinggi.



ANUGERAH PENGAKAP RAJA


IKUTI MAKLUMAT PENTARAFAN PENGAKAP RAJA DI MENU UTAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan