Rabu, 9 Disember 2009

LOGO PENGAKAP


Lambang asas berbentuk kepala anak panah bercabang tiga yang melabangkan tiga prinsip asas yang terkandung dalam Persetiaan Pengakap iaitu :

1. Cabang tengah : Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
2. Cabang kanan : Menolong orang pada setiap masa
3. Cabang kiri : Menurut undang-undang pengakap

Ketiga-tiga cabang ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli pengakap yang juga mengingatkan Pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.

Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.

Bulan sabit dan dua bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Warna pada logo melambangkan :

1. Merah – melambangkan keberanian
2. Kuning – melambangkan kedaulatan Raja dan Negara
3. Hijau – melambangkan warna rasmi Pengakap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan