Sabtu, 12 Disember 2009

HORMAT PENGAKAP


Hormat Pengakap dilakukan apabila:

1. Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.

2. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

4. Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.





Cara Hormat Pengakap

Cara Hormat PengakapHormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.






Makna Hormat Pengakap
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap.
Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap.
Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap,
Kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan