Isnin, 14 Disember 2009

Buah Nona @ Kaya


Tentu anda biasa lihat buah ini.. tetapi pernahkah anda merasai buah ini? Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa berasal dari Amerika Selatan, merupakan sejenis buah yang berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.
Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf.
Di Malaysia mungkin ia tidak popular tetapi di Amerika Syarikat ia mendapat pasaran yang besar dan dijual dengan harga yang mahal. Kalau anda ada pokok ini di rumah cubalah menyemai bijinya, mana tahu pada masa akan datang buah nona ini mendapat permintaan.
Buah nona berperisa manis dan lemak-lemak .amat menyegarkan bila memakannya. memudahkan pencernaan,untuk struktur kulit yang halus dan bagus untuk usus.sesiapa yang mengidap sembelit elok diamalkan memakannya. boleh dibuat jus.sungguh menyegarkan.Daunnya boleh dibuat jaram jika mengalami demam panas.Caranya ambil segenggam daun nona,diramas-ramas didalam semangkuk air dan disapukan dari kepala hingga ke seluruh badan.selawat 3 x sebelum menyapukannya.
Buah@jusnya blh myejukkn bdn. Daunnya pula selalu digunakn utk mgurangkn pns/menurunkn suhu ketika demam.
bijinya juga boleh digunakan untuk merawat jerawat batu …caranya ambil biji yg telah hitam tu dan ditumbuk dengan kapur yg kita mkn tu…pas2 ianya rasa pedih sikit masa kita sapu kat jerawat tu….tapi utk jerawat batu je tau….
daun nona boleh digunakan untuk mengurangkan kepanasan bagi kanak-kanak yang demam. caranya, rendam daun-daun nona di dalam air dan usap air rendaman tersebut di kepala kanak-kanak tersebut. lakukan beberapa kali sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan