Isnin, 14 Disember 2009

Buah Mentega Atau Salat

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu. Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.



Buah mentega 60-73% dari bahagian yang dapat dimakan, yang setiap 100 g mengandungi: air 83,0-84,3 g, protein 2,8 g, lemak 0,2 g, karbohidrat 11,8 g, serat 1,8 g, abu 0,4-0,6 g, kalsium 46 mg, fosfor 18 mg, besi 0,6 mg, vitamin A 35 SI, tiamina 0,02 mg, riboflavin dan niasina 0,03 mg, dan vitamin C 18 mg. Nilai energinya rata-rata 332 kJ/100g.

Keistimewaan
1. Menyembuhkan batuk, sakit perut, demam dan masalah kulit dengan cara menggunakan daun dan kulit pokok buah mentega ni.
2. Digunakan sebagai ubat mengatasi cirit-birit, disentri, komplikasi jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Boleh dibuat jem. Gunakan buah yang masak, buang kulit dan bersihkan, potong kecik2 dan blender dgn sedikit air. letak dalam periok atas api kecil. masukkan gula secukupnya dan secubit garam. masak la sampai pekat.


Pokok buah mentega ini terdapat di taman KLCC di bahagian belakang bilik persalinan di tepi kolam kanak-kanak, pergilah kesana jika ada yg ‘mengidam’ ingin nak merasa buah mentega ni dan kalau bernasib baik ada buahnya tp jangan lupa minta izin dpd kakitangan taman klcc yg bertugas, jangan ambil sembarangan kerana tanaman dan pokok2 yg terdapat di sana tertakluk di bawah akta taman wilayah persekutuan, pejabat taman klcc terletak ditepi kolam air pancut tu…

Dulu banyak di Pekan Pahang, sekarang tak tau la ada lagi ke tidak. Di Dusun Dato Murad, Ayer Keroh Melaka masih ada buah ini dan tergolong kepada jenis buah nadir (atau eksotik). Botanical Garden Melaka pun rasanya dah tanam buah ini. Kadang-kala di jual di pasar malam, contohnya di Pasar Malam dekat Taman Tas Ria Kuantan, Pahang.Banyak dijual di kundasang dan kadang-kadang terdapat ditamu-tamu lain disebelah pantai barat Sabah. Terdapat juga di UPM di dusun contoh. Dulu di Johor Bahru ada dua jenis buah mentega, warna merah dan kuning. Yang merah buahnya agak bulat dan yang kuning buah nya leper sadikit. Pokok mentega merah masih banyak terdapat di Johor Bahru, terutamanya di tepi jalan raya lama. Yang kuning pula susah hendak jumpa lagi.

Buah ni. rasanya kelat manis sedikit kalau kurang masak. Bila masak harum baunya. Biasanya jatuh sendiri bila dah masak. Jika dipetik sebelum masak ranum, rasanya macam makan buah “golden apple”. Nak makan perlu kupas kulit dengan pisau, bagi elakkan mulut gatal. Isi lembut gebu Tapi kalau dah betul-betul masak rasanya sedap.

Di kawasan utara buah ini dipanggil ‘buah seralat’ @ “buah salat”. Sabah buah ini di gelar buah berbulu manakala di Indonesia dikenali sebagai Buah bisbul . . Nama biasa Inggeris ialah Velvet Apple manakala di Filipina pula dikenali sebagai Mabolo.

Di kampung pokoknya besar dan untuk mengambil buahnya kanak-kanak sering membaling kayu untuk menjatuhkan buahnya, Buahnya berbulu halus, dicuci mengunakan sabut kelapa atau digosok pada rumput untuk membuang bulusebelum dikupas. Kulitnya berwarna light pink apabila masak harum ,manis yang ringan, dan buah yang cukup masak berwarna merah dan sangat sangat sedap. Pokok seperti manggis, rendang.berbuah mengikut musim.begitu sukar untuk mendapatkanya sekarang.



<< Menu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan