Pokok ini tumbuh 15-20 meter tinggi. Pokok melinjau ni banyak di Terengganu terutama sekitar Kuala Terangganu. Pokok ini sama ada ditanam atau tumbuh terbiar di tepi rumah adalah suatu pemandangan biasa di sini. Lidah lokal menyebut ‘binja’ ada juga menyebut ‘cokok’ merujuk kepada melinjau. selain di’empingkan’ buah cokok/binja ini biasanya dimasak seperti buah berangan iaitu digoreng sangan bersama pasir atau direbus begitu saja, memang enak rasanya tetapi ada sedikit kecapan pahit. selain buahnya, pucuk daun malinjau juga boleh dibuat sayur rampai (campur beberapa jenis pucuk) bersama ubi keledek/stela serta keropok memang sedap, Selain dari dibuat keropok/ kerepek, buah Melinjau/Belinjau/Binjau yang muda sedap dibuat kari dengan udang atau daging. aroma nya sungguh sedap tau. kena belah dulu buah ini, buang kulit ari nya sahaja. biji dan kulit buah ini boleh di makan.kalau nak mudah boleh juga digoreng dengan ikan bilis dan tempe. caranya mudah je, tumis bawang putih, masukkan biji melinjau yang sudah dibelah dan dibuang kulit ari. Kulit dan biji dalam buah ni boleh dimakan tau. masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan dan tempe yang dipotong2. masukkan sedikit kunyit hidup yang diparut, cili api dipotong, sedikit santan pekat, garam secukup rasa. goreng je sampai agak kering dan bolehlah dihidang.
PENYELESAIAN TERHADAP MASALAH KEPENGAKAPAN
5 tahun yang lalu
Bila agaknya musim buah melinjo ni dan mana nak dapatkannya?
BalasPadam