Selasa, 24 November 2009

TUGAS PENTARAF PENGAKAP RAJA

  • Memberi taklimat dan menyelia
    Semua pemimpin serta penguji lencana di dalam daerah Persekutuan Pengakap Malaysia di mana ia dilantik mengetahui darjah yang dikehendaki bagi 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja serta Anugerah Pengakap Raja.

  • Meneliti dan mengkaji bahawa pemohon Sijil Pengakap Raja mempuyai darjah yang tinggi bagi lencana-lencana yang diperolehi serta mahir , mempunyai sikap untuk menambah pengetahuannya. Ini dilakukan dalam perkhemahan pentarafan
  • Meneliti segala peraturan untuk mendapatkan Lencana Pengakap Raja dan Sijil Pengakap Raja dipatuhi oleh pemohon. lAdalah perlu diperiksa dan memastikan bahawa lencana-lencana untuk mendapatkan Lencana Pengakap Raja diambil selepas umurnya 15 tahun keatas dan sebelum 18 ½ tahun. Sijil kelahiran dan kad pengenalan perlu disemak.

  • Hendaklah memastikan bahawa Pengakap Remaja itu bersedia dengan sukarelanya akan menyumbangkan perkhidmatannya kepada orang ramai dan sentiasa mengambil peluang untuk melakukannya

  • lWalau seberapa cergas dan tinggi kebolehan seorang Pengakap, ia tidak akan memberi faedah kepada dirinya, masyarakat, dan negara jika ia tidak diamalkan dengan jujur dan ikhlas. Pentaraf sebelum meluluskan seseorang Pengakap Raja mestilah memastikan bahawa Pengakap tersebut mengamalkan dan patuh kepada Rukun Negara, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

  • ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB BAGI PENTARAF MENGAWASI BAHAWA PENGAKAP RAJA KITA ITU IALAH PENGAKAP RAJA YANG MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI, SEPADAN DENGAN NAMA PENGAKAP RAJA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan