Selasa, 24 November 2009

SYARAT LULUS UJIAN

  • Telah mencapai darjah tertinggi yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf dalam jumlah markah keseluruhan Kem Pentarafan (Dasar markah lulus ialah 70%)
  • Mempunyai taraf yang tinggi bagi ujian taraf perkhemahan.
  • Gagal tidak lebih daripada 3 ujian.
  • Melakukan kesalahan melanggar peraturan kem / disiplin tidak melebihi 5 item.
  • Memenuhi syarat keperluan barang/ bahan yang tersenarai sebab terlupa bawa dianggap tidak memenuhi syarat-syarat Lembaga Pentaraf.

Syarat peserta:

Tentukan anda:
1. Telah berdaftar dan menjelaskan yuran keahlian tahunan.
2. Mempunyai pakaian seragam pengakap yang lengkap.
3. Bertubuh badan sihat.
4. Dapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
5. Mempunyai rekod perkhidmatan tidak kurang 24 jam.

PERSEDIAAN:

1. Lengkapkan borang PPM(PR) – gambar hendaklah ditampal dengan baik.
2. Sediakan segala alatan untuk gejet seperti buluh, tali, dan sebagainya

Gejet-gejet yang perlu :

1. Dapur pelantar
2. Pintu gerbang
3. Meja makan
4. Pagar
5. Rak barang-barang
6. Papan kenyataan
7. Tiang bendera
8. Penyidai kain
9. Rak kasut
10. Rak alatan
11. 5 gejet tambahan

  • Sediakan tali guni atau tali yang sesuai untuk iakatan dan gejet. Tali rafia tidak dibenarkan.

  • Untuk ujian kebudayaan, sediakan pakaian dan muzik sendiri. Pilih salah satu daripada tarian inang, zapin, joget, dan dabus.

  • Sediakan bahan dan alat keperluan untuk masakan backwoods.


Bawa bersama alatan dan kelengkapan berikut:
i. Khemah ( Tempat tidur sendiri)
ii. Baju hujan
iii. Pakaian ibadat dan mandi serta pakaian secukupnya.
iv. Peti ubat yang lengkap dengan ubat
v. 3 Pembalut tiga segi ( anduh )
vi. Bekalan makanan sepanjang 3 hari
vii. Lampu
viii. Alatan memasak , kayu api, bahanapi dan lain-lain.
ix. Alatan untuk membuat gejet dan tapak seperti parang, kapak, gergaji dll.
x. Alatan tulis menulis : pen, pensel, pensel warna, pemadam dsbnya.
xi. Belerang
xii. Sediakan kayu tongkat untuk ujian kawat tongkat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan