Khamis, 5 November 2009

3. SIMPULAN DAN IKATAN


SIMPUL HIMPIT

Simpul himpit digunakan unruk menyambung dua tali seperti tali pancing.

BUNGA GETI (SHEETBEND)

Digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar.
Digunakan juga untuk mengikat tali ke suatu tanjul.

SIMPUL CACANG AYAM (CLOVE HITCH)



Simpul Cacang Ayam digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Simpulan yang digunakan tidak mudah terungkai. Digunakan juga semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang/ular. Simpulan ini amat berguna untuk mengikat kaki ayam, tangkai durian, tangkai buah nyior ataupun botol.


LILIT DUA SIMPUL (ROUND TURN TWO HALF HITCHESS)

Lilit dua simpul digunakan bagi mengikat hujung tali pada tiang, pokok, kayu, gelung atau tali yang lain supaya ia tidak terlucut. Ia digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah ataupun tali rentang untuk kerubung terbang (flyingfox).

LILIT BALAK



Simpul ini digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.
BUNGA GETI BERGANDA

Simpul ini digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besarnya dan untuk menyambung dua tali yang licin. cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

TINDIH KASIH (BOWLINE)



Simpul ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul tindih kasih sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada pinggang si malang.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan