I. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
II. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
III. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
IV. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
V. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
VI. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
VII. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
VIII. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
IX. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.
X. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
5. PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
Menolong orang pada setiap masa;
Menurut Undang-undang Pengakap
TATA CARA BERPAKAIAN
PENGAKAP MUDA
PENGAKAP REMAJA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan